Konflik PPBM, Rafiq tanding Masjid Tanah?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Konflik PPBM Melaka, Rafiq tanding Masjid Tanah?

Bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen dikatakan bakal bertanding di Parlimen Masjid Tanah sebagai calon bebas bagi menentang Mas Ermieyatie.

Khabar yang sedang heboh diperkatakan itu masih belum dapat disahihkan.

Rafiq yang bertindak meletakkan semua jawatan beliau dalam PPBM Melaka turut mengumumkan keluar parti selepas kecewa tidak dicalonkan di Parlimen Tangga Batu.

Konflik PPBM Melaka, Rafiq tanding Masjid Tanah?

Desas-desus juga menyatakan tindakan Rafiq untuk bertanding sebagai calon bebas di Masjid Tanah ialah bagi membuktikan tindakan PPBM tidak mencalonkan beliau di Parlimen Tangga Batu adalah salah.

Beliau menyertai PPBM lebih awal dari Mas Ermieyatie dan menang kerusi DUN Paya Rumput. Beliau juga merupakan bekas Exco Kerajaan Melaka ketika PH memerintah sejak 2018 – 2020.

Sebaliknya beliau dicadangkan bertanding di Bagan Datuk bagi menentang penyandang yang juga Presiden Umno, Zahid Hamidi.

Pada PRN Melaka, Rafiq telah kalah di DUN Teluk Mas selepas ditewaskan BN selepas meninggalkan DUN Paya Rumput.

Beliau juga dikatakan kecewa selepas tidak dinamakan sebagai calon Ketua Menteri sekiranya Perikatan Nasional menang PRN Melaka.

PN kalah teruk pada PRN Melaka apabila BN berjaya menang 2/3 majoriti DUN Melaka.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker