Lapan PATI cuba seludup masuk ditahan

Lapan PATI cuba seludup masuk ditahan

Foto hiasanLapan PATI cuba seludup masuk ditahan

KUALA LUMPUR: Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar masuk ke negara ini menggunakan laluan ‘tikus’ di sempadan Malaysia-Thailand gagal selepas mereka ditahan pihak berkuasa, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan kejadian itu berlaku di sektor Op Benteng yang juga kawasan tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia.

“Bertindak atas maklumat perisikan, pasukan beroperasi mengesan pergerakan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan melalui sempadan negara jam 11.30 pagi, semalam.

“Pasukan bertugas kemudian bertindak menahan seramai 8 lelaki yang bersembunyi di kawasan belukar di kebun getah, Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan dilakukan mendapati semua individu berkenaan adalah warga Myanmar berusia antara 25 hingga 45 tahun yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Kami turut merampas empat telefon bimbit, sejumlah wang tunai dalam mata wang Malaysia, Myanmar dan Thailand, lima kad pengenalan warga Myanmar, tiga pasport warga Myanmar serta enam beg pakaian.

“Keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM2,503. Semua Pati yang ditahan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan negara bagi mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan khususnya kemasukan PATI.

Hamzah Mahu PATI Divaksin, Rakyat Malaysia?

Lapan PATI cuba seludup masuk ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker