Pelakon Bkay Nair Mahu Angkat Fabrik Tradisional Malaysia, Intai Pengiktirafan UNESCO

Pelakon dan model, Bkay Nair mahu memperjuangkan keunikan fabrik tradisional Malaysia ke pentas dunia termasuk mengintai peluang bagi mendapatkan pengiktirafan dari Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Bintang filem Ratu The Movie itu berkongsi, bagi mencapai tujuan itu, dia bakal menganjurkan satu pertunjukan fesyen warisan Navarasa: Warna Gabungan Emosi Dan Fesyen pada 14 Oktober ini di Kompleks Kraf Kuala Lumpur.

“Ia akan menampilkan 11 pereka feksyen, ketegori pelajar dan pereka berpengalaman, yang akan memamerkan sejumlah 77 rekaan unik menggabungkan fabrik tradisional seperti batik, songket, sutera Malaysia, dan sari dengan estetika rekaan kontemporari.

“Lebih menarik, bersempena dengan pertunjukan fesyen itu beberapa bengkel berkaitan fesyen dan fabrik tradisional akan diadakan pada 7 dan 8 Oktober ini yang menghimpunankan penonton pelbagai lapisan, termasuk peminat fesyen, artis, pereka, pelancong, dan orang awam,” katanya.

Bkay yang pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Ratu Cantik Dunia 2017 berkata, acara anjuran syarikatnya Bkay Nair Resources (BNR), itu juga bakal memberikan tiga anugerah keunggulan pereka yang akan diumumkan pada hari pertujukan fesyen nanti.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?

Dia menambah, tiga anugerah itu ialah Anugerah Pereka Baharu: Menonjolkan Pereka Pelajar Terbaik, Anugerah Pereka Paling Kreatif: Meraikan Pereka Senior yang Paling Imaginatif dan Anugerah Keunggulan Warisan Malaysia: Mengiktiraf Pereka Senior dengan Rekaan Warisan Malaysia Terbaik.

Tambahnya, objektif utama pertunjukan fesyen itu ialah menyediakan platform bagi pereka fesyen untuk mempamerkan kreativiti mereka dengan menggabungkan tekstil tradisional ke dalam fesyen moden.

Ia juga bertujuan mempromosikan pertukaran budaya, menyokong artis tempatan, dan mendorong penglibatan komuniti.

Malah selaku Pengarah pertunjukan fesyen itu Bkay juga mahu mengintai peluang pengiktirafan daripada UNESCO.

Pelakon Bkay Nair Mahu Angkat Fabrik Tradisional Malaysia, Intai Pengiktirafan UNESCO

Pelakon Bkay Nair Mahu Angkat Fabrik Tradisional Malaysia, Intai Pengiktirafan UNESCO

Pelakon Bkay Nair Mahu Angkat Fabrik Tradisional Malaysia, Intai Pengiktirafan UNESCO

“Melalui acara ini, kami berharap membawa keunikan warisan kami kepada UNESCO. Pengiktirafan yang diberikan oleh UNESCO berpotensi untuk meletakkan harta seni dan budaya negara kita di peringkat global.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  

“Saya mahu dalam setiap benang dan corak tekstil ini, identiti Malaysia bersinar sebagai penghormatan kepada sejarahnya, budayanya, dan hasrat seninya yang berterusan,” katanya lagi.

Malah sebagai anak jati Malaysia, dia berbangga dengan seni serta budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini yang sangat tinggi nilainya.

Bagi Bkay, tidak keterlaluan andai dikatakan fabrik buatan Malaysia setanding keluaran kota fesyen lain di peringkat antarabangsa.

Acara ini disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan (MOTAC) serta pelbagai rakan kerjasama termasuk Aston Martin, SkyBlue Media, Kolej Universiti Berjaya dan banyak lagi.

Pelakon Bkay Nair Mahu Angkat Fabrik Tradisional Malaysia, Intai Pengiktirafan UNESCO

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker