Luqman sertai kelab Iceland?

KUALA LUMPUR: Adakah penyerang muda negara yang berkelana di Eropah, Luqman Hakim Shamsuddin sudah mula ‘bergerak’ ke pasukan baharu?

Ketika ini, tular di media sosial apabila pemain yang beraksi bersama kelab Liga Belgium itu, K V Kortrijk (KVK) itu dikatakan bakal berhijrah menyertai kelab divisyen kedua Liga Iceland yang lebih dikenali dengan nama Lengjudeildin.

Mereka mendakwa bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu akan terus kekal berada di Eropah selepas mula menjejakkan kaki ke benua itu tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, berita itu segera dinafikan, Pengarah Bukan Eksekutif KVK, Amin Fuad menerusi komen pada hantaran terbabit.



“Aik. Kita pun tak confirm apa-apa lagi ni,” katanya.

Sebagai rekod, Luqman semakin menyerlah bersama skuad bawah 21 tahun (B-21) pasukan itu dan sering diturunkan dalam kesebelasan utama.

Aksi baiknya berjaya memikat pengurus kelab, Bernd Storck yang menyenaraikan namanya dalam skuad utama.

Sebelum ini, Luqman pernah diturunkan dalam peringkat 16 pasukan terakhir Piala Belgium menentang OH Leuven, di mana dia masuk pada minit ke-89 bagi menggantikan Faïz Selemani di bahagian serangan. Dalam aksi itu, KVK menang 3-1.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker