Perdaya jual artifak agama cecah RM1.3 juta

Perdaya jual artifak agama cecah RM1.3 juta

Perdaya jual artifak agama cecah RM1.3 juta
WARAKORN Kongu-tit ditahan polis kerana membuat penipuan secara dalam talian. FOTO Agensi

Bangkok: Polis menahan seorang bekas sami kerana memperdaya orang ramai dengan mengaut lebih 10 juta baht (kira-kira RM1.3 juta) dengan melakukan penipuan jualan barang di kedai artifak agama secara dalam talian.

Portal Thaiger melaporkan, pulangan diperoleh hasil kegiatan haram itu digunakan untuk keperluan harian, perjudian dalam talian dan menyewa penginapan untuk bersembunyi.

Warakorn Kongu-tit, 46, ditahan berhampiran pasar malam yang sibuk di daerah Phang Khon di timur laut wilayah Sakon Nakhon.

Dia yang berasal dari wilayah Kamphaeng Phet ditahan oleh beberapa pegawai kanan polis dan pasukan PCT 5.

Mereka bertindak atas waran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Wilayah Roi Et, bertarikh 5 Julai, atas tuduhan menipu dengan menyampaikan maklumat palsu kepada orang ramai dan secara tidak jujur atau menipu memasukkan data komputer palsu yang boleh menyebabkan kerosakan kepada orang ramai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Khairuddin Dedahkan Penipuan Hadi Awang Terhadap PAS


Taktik digunakannya adalah dengan menjual pelbagai artifak agama di akaun Facebook (Fb) bernama Petch Charoen Sangkapan Borong/Runcit, Petch Charoen Sangkaphan dan Petch Charoen Sangkaphan Partners Limited.

Sebaik sahaja pelanggan termasuk sami dan penganut Buddha dari pelbagai kuil di seluruh negara memindahkan dana, dia akan menyekat nombor telefon mereka daripada menghubunginya

Ia mengakibatkan sami dan penganut Buddha yang menjadi mangsa menanggung kerugian melebihi 10 juta baht (kira-kira RM1.3 juta).

Rekod Warakorn dalam pangkalan data polis negara mendedahkan lima waran tertunggak untuk penahanannya dalam penipuan dan kes berkaitan jenayah komputer di pelbagai wilayah termasuk Phitsanulok, Nakhon Si Thammarat, Roi Et, Chumphon, dan Bangkok.

Selepas disoal siasat, Warakorn mengaku ketika zaman kanak-kanak dan remajanya, dia menjadi sami selama 11 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah


Selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari universiti monastik, dia memulakan kerjaya di sebuah rumah penerbitan, bekerja pada penerbitan berkaitan sami selama kira-kira setahun.

Dia kemudian berpindah ke rumah media, dan bertugas sebagai penolong penerbit, penulis skrip berita sebelum akhirnya menjadi penerbit berita yang berkaitan dengan masyarakat, ekonomi dan politik selama kira-kira tiga tahun.

Sekitar 2018, Warakorh berhenti dan membuka kedai artifak, Petch Charoen Sangkapan Limited, di daerah Nong Khaem, Bangkok.

Pada mulanya, jualan dilakukan di kedai selain mengambil pesanan di media sosial sebelum membuat penghantaran.

Disebabkan masalah kewangan dan tekanan tambahan daripada situasi Covid-19 dua tahun lalu, dia mula menipu pelanggannya dengan tidak menghantar barangan dipesan.

Selepas menyedari ramai mangsa membuat aduan, Warakorn melarikan diri ke Wilayah Sakon Nakhon dengan menyewa sebuah rumah dan memulakan perniagaan alat ganti kereta terpakai bersama seorang rakan.

Perdaya jual artifak agama cecah RM1.3 juta


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hancur ranap imej PAS kerana banyak kes rasuah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker