Tukar barang kemas ibu mentua dengan emas palsu

Oleh – Syeikh Baran


Tukar barang kemas ibu mentua dengan emas palsu
Gambar Hiasan

Tindakan menantu lelaki mencuri barang kemas milik ibu mentua dan menukarkannya dengan emas palsu mengundang padah apabila ditahan di kawasan Taman Pandan Mesra, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian yang berlaku 11 Februari itu disedari wanita tempatan berusia 56 tahun apabila mendapati barang kemas diletakkan di dalam laci dan bilik tidur telah hilang.

Katanya, satu gelang tangan emas serta seutas rantai leher emas miliknya telah ditukar kepada emas palsu sehingga menyebabkan kerugian sekitar RM30,000.



“Seorang penganggur, lelaki tempatan berusia 26 tahun yang merupakan menantu mangsa telah ditahan sekitar pukul 6.30 petang bagi membantu siasatan, Isnin lalu.

“Soal siasat suspek membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang berperanan sebagai pembeli barang kemas seperti dilaporkan hilang pada Rabu lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azam, semakan mendapati tahanan pertama mempunyai dua rekod lampau dadah dan positif methamphetamine dan amphetamin.

“Tangkapan kedua tiada rekod lampau jenayah dan positif ganja.



“Menantu mangsa dibenarkan reman semalam tujuh hari bermula Selasa lalu hingga esok manakala tangkapan kedua telah tamat reman tiga harinya, semalam.

Jelas beliau, motif kejadian disebabkan suspek memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang tertunggak, hutang motosikal, berjudi dan membeli bekalan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu mencuri di dalam rumah,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker