PPBM Makin Tenat, Naib Presiden Umum Keluar Parti

PPBM Makin Tenat, Naib Presiden Umum Keluar Parti

PPBM/ Perikatan Nasional sekali lagi mendapat tamparan hebat ketika PRU 15 semakin hampir.

Naib Presiden PPBM, Mohd Rafiq Naizamohideen, secara rasminya mengumumkan keluar dari PPBM berkuatkuasa serta merta.

Beliau memaklumkannya dalam satu sidang media yang diadakan semalam.

Selain menjawat jawatan Naib Presiden PPBM, Rafiq juga merupakan Pengerusi Perikatan Nasional Melaka.

Tidak puas hati kerana tidak diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional untuk parlimen Tangga Batu adalah sebab utama mengapa Rafiq bertindak meninggalkan PPBM.

Menurut Rafiq, beliau telah dijanjikan untuk menjadi calon Perikatan Nasional di parlimen Tangga Batu dalam PRU 15.

Namun pada saat-saat akhir, kepimpinan PPBM, Muhyiddin, telah menukar fikiran.

Beliau dimaklumkan tidak akan diletakkan sebagai calon Perikatan Nasional di parlimen Tangga Batu.

Apakah Muhyiddin Mahu Membunuh Karier Politik Rafiq?

PPBM Makin Tenat, Naib Presiden Umum Keluar Parti

Sebagai ganti, Muhyiddin telah meletakkan beliau sebagai calon Perikatan Nasional di parlimen Bagan Datuk, Perak.

Sebagaimana yang kita semua ketahui, parlimen Bagan Datuk merupakan kubu kuat UMNO/BN.

Parlimen Bagan Datuk telah dimenangi oleh presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu.

Kerana enggan dicalonkan di parlimen Bagan Datuk, Rafiq mengumumkan untuk meletak kesemua jawatan politik yang beliau pegang serta merta.

Penulis tidak pasti, apakah tujuan sebenar kepimpinan PPBM dilihat seakan mahu membunuh karier politik Rafiq.

Bagi penulis, meletakkan Rafiq sebagai calon untuk menentang calon ‘super heavyweight’ seperti DS Zahid Hamidi adalah ibarat membunuh karier politik Rafiq.

Ada sumber memaklumkan kepada penulis, tindakan itu diambil kerana kepimpinan PPBM sudah mengenalpasti Rafiq sebagai ahli politik yang masih setia kepada Dr Mahathir.

Ada sumber lain pula memaklumkan kepada penulis, ianya adalah kerana Rafiq telah dikenal pasti sebagai ‘budak kita’ di dalam kem Hamzah Zainuddin.

Sekiranya makluman ini benar, apakah sedang berlaku perpecahan yang serius di dalam parti PPBM?

Dan sekiranya PPBM sebagai parti tunggak di dalam Perikatan Nasional sudah mula berpecah, bagaimana pula kedudukan PAS dan Gerakan yang selama ini setia mendokong Perikatan Nasional?

Apakah masih ada sinar untuk Perikatan Nasional terus bertapak di dunia politik tanah air selepas PRU 15 nanti.

Atau sejarah politik tanah air akan memasukkan Perikatan Nasional dalam senarai parti politik yang sudah berkubur selepas PRU 15.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker