Rakan Artis Titip Doa Buat Kak Lina

Cedera Di Set Pengambaran



Rakan Artis Titip Doa Buat Kak Lina

Pengacara Gegar Vaganza  Musim ke 9, Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina telah mengalami kecederaan di kakinya ketika dia di set pengambaran.

Elly telah kongsikan satu posting mengenai kecederaan yang dialaminya di instagram miliknya @iamellymazlein.

“Terima Kasih Kepada Artis Dan Crew”

Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Elly di laman instagramnya, dia mengalami kecederaan di kaki sewaktu berada di set penggambaran. Elly mengucapkan terima kasih kepada rakan artis dan juga crew yang menolongnya ketika itu.



Thank you  my love @budakijat @radiusone_official , Encik Fazli , Encik Sham , artis dan crew team manjakan kepom sangat.. tolong kepom siap letak spray la ais la beli tu beli ni la utk si budak lutut yg meletop ni ,siap panggil orang physiotherapy datang check lutut .. thank you, thank you, thank you.

Elly juga ucap rasa syukur kerana kecederaan yang dialaminya tidak teruk. sempat juga dia berseloroh mengatakan dirinya kini tidak boleh berjalan seperti miss world.

Alhamdulillah x serius .. cuma jalan tu agak tak macam miss world la dikkkkkkk- selorohnya

Rakan Artis Titip Doa

Menjengah ke ruangan komen posting tersebut,  ramai rakan artis yang mendokan kesembuhan buat Elly diatas kecederaan yang dialaminya.

alahai stay strong ayin… in shaallah cepat sembuh- Azhan Rani

Kak pommm! Get well soon. Jaga diri ok! Jangan gerak banyak banyak love you – pesan Mimi Lana

Waaaa yang haritu??? Moga takde kemudaratan apa-apa dan cepat sembuh..Aamiin. jangan showmanship lagi tau – komen Roy Azman

Rakan Artis Titip Doa Buat Kak Lina
VIA Instgram iamellymazlein

 

Murai My tertarik dengan komen-komen peminat tentang penampilan Elly untuk malam Gegar Vaganza. Ada juga yang menginginkan dia untuk hadir di Gegar Vaganza bagi memeriahkan suasana disana.

Alamak… Jangan kata gv nanti kepommm takde pulakkkkk. Adeh.. tak besttt arrrr kepom takde. Cepattt baikkk kepom kesayangan rakyat jelata

malam macam mana? Tak syok la Sis, kalau bukan… Apa kata di stage Sis duduk je atas kerusi je… Speedy recovery kak kepom 😍

Alaaa kaklinaaa gv malam ni jangan ponteng tak syokkkk kepommm

Mesti abg cameraman relax sikit malam ni takde nak kena kesana kemari- gurau peminat

Rakan Artis Titip Doa Buat Kak Lina
VIA Instgram iamellymazlein
Rakan Artis Titip Doa Buat Kak Lina
VIA Instgram iamellymazlein
Rakan Artis Titip Doa Buat Kak Lina
VIA Instgram iamellymazlein

Pihak Murai My mendoakan semoga Kak Lina diberi kesembuhan yang cepat dan kembali aktif seperti sedia kala.



Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

Rakan Artis Titip Doa Buat Kak Lina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker