Suri rumah rugi hampir RM500,000 terpedaya sindiket penipuan

BAGAN SERAI: Seorang suri rumah tangga berputih mata apabila mendapati wang simpanan miliknya berkurangan sebanyak RM459,754 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan, Februari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata pada 8 Apri lalu, polis daerah Kerian menerima laporan daripada seorang suri rumah yang menyatakan telah diperdaya oleh penjenayah dalam talian.

Menurut laporan yang dibuat, pada awal Febuari lalu mangsa menerima panggilan daripada pihak insurans dan polis yang memaklumkan, dia terbabit dalam kes tuntutan palsu serta terbabit dalam jenayah pemerasan dan judi haram.

“Pengadu dikatakan telah mendedahkan maklumat akaunnya untuk tujuan siasatan pihak berkenaan dan turut

diarahkan memindahkan wang simpanannya ke dalam akaun yang diberikan.

“Mangsa menyedari diperdaya selepas menceritakan perkara itu kepada ahli keluarganya. Mangsa kemudian membuat semakan dan mendapati wang simpanannya telah berkurangan sebanyak RM459,754,” katanya dalam kenyataan media.

Mohd Yusri berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker