Syarat pemutihan tahfiz di Selangor akan dilonggarkan

Oleh – Syeikh Baran


Syarat pemutihan tahfiz di Selangor akan dilonggarkan
Shahzihan (tiga dari kanan) dan Muhd.Hafiz (dua dari kanan) bersama penerima anugerah pada majlis di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kerajaan negeri akan melonggarkan beberapa syarat kelulusan pemutihan tahfiz di Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Shahzihan Ahmad berkata, bagaimanapun, ia melibatkan pengecualian syarat-syarat yang ditentukan oleh jawatankuasa bagi menilai perkara tersebut.

“Perkara ini (pengecualian) belum rasmi lagi cuma saya telah diarahkan kerajaan untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk menentukan dua kategori.

“Jawatankuasa itu akan mendefinisikan kedua-dua kategori ini, sama ada ia dikecualikan atau perlu melalui proses-proses yang diringankan,” katanya selepas merasmikan penutup Ijtimak Huffaz Ke-17 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, tempoh pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor dilanjutkan sehingga Disember tahun ini susulan garis panduan pemutihan baharu sedang dikemas kini.

Shahzihan berkata, kedua-dua kategori tersebut akan diputuskan oleh Menteri Besar Selangor dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dijadualkan pada September depan.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor (PITAS), Muhd. Hafiz Haneefa berkata, sebanyak 100 pusat tahfiz telah selesai melalui proses pemutihan.

“Masih ada baki 400 tahfiz belum selesai. Sebahagiannya sudah berdaftar dan sedang melihat pengecualian dari segi caj pemajuan dan juga premium tanah,” ujarnya.

Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker