Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir

Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir

Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir
SEBAHAGIAN petani menunjukkan padi yang diusaha mereka sudah reput selepas ditenggelami banjir di bendang Kampung Merkang, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – FOTO/TOREK SULONG

PASIR PUTEH: Seramai 140 pesawah di Kampung Merkang dan Kampung Nara, di sini kerugian RM1.4 juta apabila padi yang diusahakan di tanah seluas 280 hektar gagal dituai selepas ditenggelami banjir pada 18 Di­sember lalu.

Wakilnya Zulkifli Mat Nor ber­kata, banjir luar biasa yang me­landa kawasan sawah menyebabkan hasil yang sepatutnya dituai hujung Disember lalu gagal dilaksanakan.

Menurutnya, kegagalan berbuat demikian menyaksikan mereka berdepan hutang modal dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Cherang Rotan yang digunakan untuk proses awal tanaman.



“Lazimnya setiap sehektar kami akan mendapat pula­ngan bersih sebanyak RM5,000, ba­gaimanapun tidak untuk musim ini.

“Apa pun kami reda dengan ketentuan itu dan berharap kerajaan akan membantu meringankan beban yang ditanggung sebelum ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Seorang lagi pewasah, Mohd. Shamsudin Deraman, 66, berkata, mereka sudah mengikuti jadual penanaman yang telah ditetapkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya, sebahagian padi yang telah reput sudah dibajak semula bagi membolehkan kerja penanaman musim pertama tahun ini dapat dijalankan secepat mungkin.



Sementara itu, Pengerusi PPK Cherang Rotan, A. Rahim Yunus berkata, kerja menuai terpaksa dihentikan apabila paras air semakin meningkat bermula 18 Disember lalu.

Katanya, kesemua padi tersebut ditenggelami air selama empat hari menyebabkan tanaman itu menjadi rosak.

“Bancian lengkap akan dibuat untuk memastikan jumlah sebenar keluasan dan bilangan petani yang terjejas untuk membuat permohonan bantuan meringankan beban mereka bagi memulakan musim penanaman semula serta penangguhan bayaran hutang yang terpaksa ditangguhkan.

“Setakat ini seramai 140 petani yang dikenal pasti terjejas teruk. Masing-masing sudah membuat aduan kerosakan kepada pihak berkenaan,” katanya. – UTUSAN

Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

Pesawah rugi RM1.4 juta padi ditenggelami banjir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kes Rasuah Zeti hanya ‘Tips of the iceberg” 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker