Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS

Tinggalkan Muafakat Nasional untuk bersama PN



Oleh – Editor


Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS

 

Pengerusi BN Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail menzahirkan kekecewaan beliau terhadap PAS yang bertindak meninggalkan Muafakat Nasional pada PRU15.

“kita dah buat baik dengan PAS, kita wujudkan Muafakat Nasional, kita bagi peruntukan sepertimana Adun Barisan Nasional tetapi akhirnya mereka meninggalkan kita”

Beliau berkata demikian semasa berucap di program Pelancaran Jentera Pilihanraya Peringkat Parlimen Cameron Highlands, di Laman Sejahtera, Sungai Koyan.



Beliau menyatakan hampir 60% muka baru akan bertanding di Pahang pada PRU15.

Wan Rosdy turut mengingatkan kepada jentera untuk bertemu dan meyakinkan seramai mungkin pengundi di Cameron Highlands agar mengundi BN kali ini.

“Kerajaan BN Pahang adalah imej Barisan Nasional maka kita perlu pertahankan kekuatan BN di Pahang” – Wan Rosdy.

Hasil kerjasama semua pihak dalam negeri, Pahang yang ditadbir BN telah berjaya mengurangkan hutang negeri dari RM3 billion kepada RM950 juta.



Wan Rosdy zahir kekecewaan terhadap PAS

Suasana meriah pelancaran turut dihadiri wakil MCA dan MIC Cameron Highlands. 

BN Pahang mensasarkan meningkatkan jumlah kemenangan DUN dari 25 kerusi ke 32 kerusi.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker