156 pangkalan hadapan di Pahang, siap sedia hadapi banjir



LIPIS: Kerajaan Pahang siap siaga hadapi kemungkinan berlakunya banjir berikutan Monsun Timur Laut melalui penghantaran bekalan keperluan bencana di kesemua 156 pangkalan hadapan seluruh negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pangkalan hadapan itu menyediakan barangan keperluan asas, meliputi beras, gula, garam, minyak masak, biskut, kopi, sardin, teh dan kari ayam.

Katanya, makanan itu turut dipastikan berkualiti, selamat dan bersih serta disimpan di pangkalan hadapan yang sudah disanitasi dan melalui langkah kawalan serangga.

“Terdapat 156 pangkalan hadapan termasuk 15 yang berada di daerah Lipis membabitkan penggunaan dewan terbuka, balai raya, masjid dan sekolah.



“Alhamdulillah saya dapati persediaannya cukup baik dan lebih baik daripada sebelum ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelepasan Misi Penghantaran Bekalan Keperluan Bencana Monsun Timur Laut Ke Pangkalan Hadapan Bagi Daerah Lipis di Dataran Pekan Sehari Kuala Medang, di sini semalam.

Wan Rosdy berkata, tindakan juga sudah diambil untuk mengenalpasti apakah punca yang mana boleh meminimumkan masalah banjir ini.

Katanya, pelbagai bentuk bantuan sudah disalurkan bagi meminimumkan masalah dan kesan banjir serta bencana alam membabitkan penyediaan fasiliti.

Katanya, usaha itu termasuk pembelian bot amfibia, pembinaan Pusat Pemindahan Banjir Kekal, pembinaan landasan pendaratan helikopter, pembelian instrumen sistem amaran awal banjir, serta pembelian bot menyelamat yang ditempatkan di Pejabat Penghulu.



Selain itu, kata Wan Rosdy, kursus dan penerangan kepada mereka yang terbabit di kawasan banjir turut diadakan.

“Menerusi Belanjawan 2023, Kerajaan Negeri telah menyusun pelbagai langkah dan persediaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut antaranya memperkenalkan Dasar Pengurusan Bencana Negeridan Disaster

Data Bank bertujuan menyokong aspek membuat keputusanpantas di peringkat daerah dan negeri dengan peruntukan RM500,000.

“Kerajaan negeri juga mengadakan Program Pasca Banjir dengan peruntukan RM47 juta yang akan dilaksanakan pada tahun 2022 sehingga 2023,” katanya.



Pada sama sama, Wan Rosdy berkata, petugas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah bersiap siaga menggalas tugas sekiranya kemungkinan berhadapan bencana banjir.

BHOnline



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker