Britain bakal lancar satelit ke angkasa lepas dari tempat sendiri

Britain bakal lancar satelit ke angkasa lepas dari tempat sendiri

Britain bakal lancar satelit ke angkasa lepas dari tempat sendiri
ROKET LauncherOne membawa muatan satelit kecil ditempatkan di Lapangan Terbang Newquay di Cornwall, Britain.-AGENSI

LONDON: Misi pelancaran roket LauncherOne yang dijadualkan pada pertengahan bulan ini mencipta sejarah tersendiri bagi rakyat Britain apabila menjadi program angkasa lepas yang pertama dilakukan dari negara ini.

Lapor The Guardian, jet jumbo Virgin Orbit akan berlepas dari lapangan terbang di Cornwall sebelum melancarkan roket membawa muatan satelit kecil ke orbit bumi.

Pegawai pengurusan Spaceport Cornwall, John Paffett berkata, pihaknya merancang lapan penerbangan Virgin Orbit dari Spaceport Cornwall di Newquay setahun termasuk pelancaran roket membawa setelit ke angkasa dari tanah besar Scotland dan Shetland dalam masa terdekat.



β€œBritain menjadi antara yang terbaik dalam membangunkan dan membina satelit kecil, tetapi untuk menghantarnya ke orbit kami terpaksa membawanya ke Russia, India atau Amerika Syarikat (AS).

β€œProsesnya sangat mahal, membazir masa dan sering menyebabkan kelewatan. Kini kami boleh mengawal keseluruhan operasi daripada merancang siasatan hingga meletakkannya di angkasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Satellite Applications Catapult, Lucy Edge berkata, kecanggihan satelit kecil dapat membantu membuka jalan kepada pembinaan struktur besar tanpa melibatkan angkasawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


β€œKami juga boleh mula mengitar semula bahan di angkasa menggunakan serpihan satelit lama seperti panel solar atau gentian karbon dan menggunakannya untuk membina kapal angkasa lain.



β€œTerdapat begitu banyak yang boleh kami lakukan di angkasa lepas dan menjadi lebih mudah apabila United Kingdom (UK) mempunyai keupayaan untuk melancarkan satelit yang telah kami reka dan bina. Itulah sebabnya penerbangan LauncherOne sangat penting,” katanya.

Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

Britain bakal lancar satelit ke angkasa lepas dari tempat sendiri

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

 


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker