Budak 18 tahun wira Roma

Verona, ItalI: Cristian Volpato melonjakkan Roma ke kelompok empat teratas Serie A dengan jaringan lewat dan mencipta satu bantuan gol ketika menang 3-1 di Verona, awal pagi tadi.

Skuad Jose Mourinho terikat ketika menuju dua minit terakhir perlawanan di Stadio Bentegodi tetapi Volpato yang berusia 18 tahun meledak rembatan rendah selepas mendapat hantaran Nemanja Matic untuk meletakkan pasukannya di depan.

Volpato pemain kelahiran Australia kemudiannya memastikan Roma meraih tiga mata selepas hantarannya disudahkan Stephan El Shaarawy pada masa kecederaan.

“Pengurus memanggil saya, saya belum memanaskan badan. Namun saya gembira, masuk dan menjaringkan gol yang mengubah keputusan,” kata Volpato selepas penampilan sulungnya itu.



Roma kini satu mata di depan Lazio dan Inter Milan di tempat keempat. Mereka akan menentang pencabar setempat Lazio minggu depan yang akan beraksi tanpa Ciro Immobile dan Sergej Milinkovic-Savic yang digantung satu perlawanan.

Mourinho menegaskan dia tidak berminat dengan ‘derby Rom’ dan lebih menumpukan aksi menentang Ludogorets dalam saingan Liga Europa bagi mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati, awal pagi Jumaat ini.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker