Cef selebriti Iran dipukul hingga mati dalam tahanan?

Cef selebriti Iran dipukul hingga mati dalam tahanan?

Cef selebriti Iran dipukul hingga mati dalam tahanan?
MEHRSHAD Shahidi meninggal dunia ketika dalam tahanan Pengawal Revolusi Iran. – AMIR MIRZAKHANI

TEHERAN: Seorang remaja berusia 19 tahun yang digelar sebagai ‘Jamie Oliver of Iran’ dlaporkan dipukul sehingga mati oleh pasukan keselamatan di negara itu.

Insiden itu secara tidak langsung mencetuskan gelombang protes baharu di Iran sejak berlakunya protes besar-besaran susulan kematian Mahsa Amini.

Lapor Daily Mail, Mehrshad Shahidi yang merupakan cef selebriti didakwa meninggal dunia pada Rabu lalu ketika dalam tahanan Pengawal Revolusi Iran (IRGC).

Menurut pertubuhan hak asasi manusia, mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian tengkorak selepas dipukul menggunakan belantan semasa dalam tahanan.

Shahidi ditahan oleh pasukan keselamatan ketika menyertai protes di bandar Arak.

Kematian cef selebriti itu didakwa merupakan kes kematian ke-253 sepanjang protes berlaku.

“Anak kami meninggal dunia akibat dipukul belantan di kepalanya selepas ditangkap.

“Namun, kami didesak oleh rejim untuk menyatakan bahawa Shahidi meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya kepada saluran televisyen Iran International di London.

Bagaimanapun, dakwaan keluarga mangsa disangkal oleh pihak berkuasa.

Cef Yang Jamil jual makanan serendah RM5

Cef selebriti Iran dipukul hingga mati dalam tahanan?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker