PAS Terengganu, PAS Kelantan dalam situasi ‘kucar lana’?

Oleh – Pok Mat Besut


PAS Terengganu, PAS Kelantan dalam situasi 'kucar lana'?
Bendera PAS

Persediaan dua negeri Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu menghadapi Pilihanraya Negeri (PRN) dikatakan kecoh apabila PAS Kelantan dan PAS Terengganu dalam situasi ‘kucar lana’.

Malah, desas desus turut menyatakan berlaku konflik dalaman antara PAS Terengganu dan PAS Kelantan mengenai bakal calon PRN kelak.

Keadaan berantakan dalam PAS Kelantan dan PAS Terengganu dipercayai kerana nama-nama bakal calon yang dituntut akar umbi PAS. Malah pembahagian kerusi antara BERSATU dan PAS juga menjadi intipati kepada keadaan ‘kucar lana’ yang melanda PAS.



Ada puak yang tidak senang dengan satu lagi puak dalam PAS tetapi hanya akan bertindak selepas penamaan calon. Puak yang lebih sekular dalam PAS mahukan bakal calon yang lebih muda dan berpelajaran, manakala puak ortodok PAS mahu mengekalkan muka lama dalam PAS.

PERTEMBUNGAN PAS ‘SEKULAR’ DAN PAS ORTODOK

PAS Terengganu, PAS Kelantan dalam situasi 'kucar lana'?
Foto Arkib

Justeru itu, golongan yang digelar sebagai ‘Ulamak PAS’ perlu diberikan keistimewaan untuk dijadikan calon PRN. Ini termasuk legasi Allahyarham Nik Aziz yang telah dinafikan untuk diangkat sebagai calon ketika PRU15.

Dalam isu legasi Nik Aziz, ramai berpendapat ada kalangan pemimpin PAS sendiri yang enggan membiarkan pengaruh Nik Abduh menyelubungi pemikiran ahli PAS memandangkan cara pendekatan beliau berbeza dengan kalangan pemimpin PAS yang lain.

Sekligus menimbulkan konflik antara sesama PAS dari dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Jika melihat pendekatan PAS Terengganu, mereka lebih keras terhadap musuh politik.



PAS Terengganu mahu agar PAS Kelantan mengikuti cara pendekatan mereka terhadap musuh politik namun sukar untuk PAS Kelantan berbuat demikian.

PAS Terengganu, PAS Kelantan dalam situasi 'kucar lana'?

Ini sedikit sebanyak menimbulkan konflik kerana sasaran utama mereka kali ini ialah pengundi muda. Bagaimana mahu memenangi hati anak muda jika sentiasa bersikap keras terhadap musuh politik? Ini juga menjadi perdebatan antara PAS Kelantan dan PAS Terengganu.

Belum lagi menyentuh cara kempen PAS yang masih belum berubah sejak dahulu sehinggalah kini bila bersama Perikatan Nasional. Perbuatan ‘menghalalkan cara asal mencapai matlamat’ digunakan PAS untuk menarik perhatian pengundi bukanlah sesuatu yang menarik.

Seronokkah PAS bila menjadi sebuah parti yang menunggang nama Islam tetapi menjadi penghasut dan menjadi sebahagian yang mencipta kebencian antara kaum?

Tidak dapat dipastikan apakah khabar tersebut sahih atau tidak, namun dari pemerhatian kebarangkalian tersebut amat tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker