Liverpool akan terus berjuang



Liverpool: Jurgen Klopp menegaskan Liverpool akan terus berjuang untuk memulihkan reputasi walaupun berdepan permulaan hambar musim ini.

Selepas kembali mendapat momentum dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan ke atas Manchester City dan West Ham, prestasi Liverpool tiba-tiba menjunam dengan dua kekalahan kepada Nottingham Forest dan Leeds United .

Bercakap ketika sidang media menjelang Napoli dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi esok, Klopp berkata dia memahami kritikan dilemparkan ke atasnya dan pasukan tetapi dia berasakan kritikan dan komen seharusnya dibuat pada penghujung musim.

“Saya fikir untuk mengadili pasukan (jika merosot) perlu kemudian atau mungkin penghujung musim dan anda boleh tanyakan soalan ketika itu.



“Ketika ini, tidak boleh diadili 100 peratus pasukan ini kerana kami tidak pernah mempunyai semua pemain tonggak pada satu-satu masa. Kami kehilangan terutamanya dua penyerang berkualiti di hadapan (Luis Diaz dan Diogo Jota) yang sangat membantu.

“Ini tidak bermakna kami tidak memiliki kualiti yang lain tetapi dengan jumlah perlawanan anda biasanya perlu membuat pertukaran, kami tidak dapat melakukannya.”

Liverpool kini menduduki tangga ke-9 EPL dengan empat kemenangan, empat seri dan empat kekalahan dalam 12 perlawanan serta masih belum menang di tempat lawan pada musim 2022-23.

METRO





Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker