Mahathir cuba serah gelaran “pengkhianat” nya kepada Muhyiddin Yassin pula.



Oleh Adam Malik

Semakin hampir hari mengundi PRU15 , semakin Mahathir terdesak.

Tiap kali Mahathir adakan ceramah atau beri ucapan  , maka ada sahaja lah ‘mangsa’ dalam kenyataan nya.

Disini kami bukan cuba untuk membela Muhyiddin Yassin tetapi mahu memberitahu bagaimana Mahathir sentiasa persalahkan orang lain pada semua Tindakan buruk nya.



Dalam satu ceramah baru2 ini Mahathir menyatakan bahawa Muhyiddin Yassin telah ‘menikam’ nya dari belakang.

Naratif yang Mahathir cuba berikan adalah bahawa jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh Muhyiddin Yassin adalah hasil pengkhianatan Muhyiddin terhadap nya.

Konon2 nya Muhyiddin telah melakarkan ‘Sheraton Move’ untuk melaksanakan rencana jahat merampas jawatan Perdana Menteri.

Cara Mahathir cakap umpama rakyat terlalu bodoh dan jahil tidak mengetahui peristiwa yang terjadi beberapa tahun lalu dan bukan terjadi ratusan tahun lalu.



Semua rakyat tahu Mahathir yang bawa jawatan Perdana Menteri ke istana Negara dan serah kebawah YDP Agong sebelum Mahathir ambil tugas PM-Interim.

Sebab2 nya Mahathir melakukan sedemikian adalah kerana enggan menyerahkan jawatan itu kepada Presidential Council Pakatan Harapan yang diketahui oleh nya akan menyerah jawatan tu kepada Anwar Ibrahim.

Mahathir ketika itu menyatakan telah hilang sokongan atas ‘own admission’.

Mahathir tersangat risau jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.



Ini lah sebenar nya kerja khianat Mahathir menikam Pakatan Harapan dan sekaligus menikam Anwar Ibrahim.

Ia sama seperti Mahathir menikam hamir 4 juta pengundi yang mengundi PH kerana janji Manifesto.

Kerana Mahathir kuat berbohong , maka diberi naratif konon nya Muhyiddin yang berlaku ‘khianat’ terhadap nya.

Ini antara contoh2 bagaimana negara akan rugi selagi Mahathir ada di persada kuasa.



Negara akan disibuk kan dengan perkara sebegini dan bukan sibuk untuk mengurus dan mentadbir rakyat.

Muhyiddin pula dalam jawapan balas menyatakan “Sheraton Move’ itu sendiri ada lah ilham Mahathir.

Kenyataan Muhyiddin lebih dipercayai kerana kerja2 seperti ujudkan ‘Sheraton Move’  selalu nya datang dari orang seperti Mahathir.

Ini kerana Mahathir sahaja yang ’capable’ melakarkan Tindakan sebegini kerana telah biasa berkonspirasi.

Mungkin, ‘idea’ seperti berbelanja wang rakyat ketika darurat dan Parlimen ditutup juga dipercayai hasil ilham yang bukan dari Muhyiddin juga kerana Muhyiddin tidak ‘sebijak’ untuk merancang hal seperti ini.

Ini bukan tuduhan tetapi sekadar menyatakan ‘kemungkinan’ sahaja.

Apa pun berbalik kepada isu di atas, cubaan Mahathir untuk menyisihkan gelaran “pengkhianat’ dari diri nya kepada Muhyiddin Yassin mungkin tidak akan berjaya , kerana Mahathir sendiri sudah memiliki banyak  ‘track record’ pengkhianatan.

Mahathr khianati dalam isu Pulau Batu Puteh, isu wang bank negara Forex RM30 bilion , mengkhianati Pak Lah ketika hendak menjatuhkan Pak Lah , khianat UMNO dengan mahu membubarkan nya kali kedua.

Mengkhianati Anwar Ibrahim disaat perlu serah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebanyak dua kali pertama ketika Anwar masih Timbalan Presiden UMNO dan kali kedua ketika dalam Pakatan Harapan.

Banyak lagi rekod  pengkhianatan Mahathir yang menyukarkan untuk gelaran itu diserah kepada Muhyiddin atau orang lain.

Mahathir boleh mencuba , namun di tolak oleh semua parti untuk jadikan PEJUANG gandingan PRU15 ada lah bukti sesiapa pun tidak mahu orang yang ada rekod ‘pengkhianatan”.

Mungkin gelaran “pengkhianat” disandang oleh Mahathir akan kekal bersama nya sampai bila2.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker