Rangka manusia ditemui dikaitkan dengan kes Bella

Oleh – Syeikh Baran


Rangka manusia ditemui dikaitkan dengan kes Bella
RUMAH terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah, Batu Pahat inilah lokasi penemuan rangka manusia ditemui pukul 2 petang tadi.

Polis mengesahkan penemuan rangka manusia yang dikaitkan dengan kehilangan seporang ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella lebih sebulan lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka manusia ditemui kira-kira pukul 2 petang hari ini di dalam bangunan terbiar di sebuah sekolah di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini.

Menurutnya, penemuan rangka itu selepas dipandu salah seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan Bella sejak 37 hari lalu.

“Pasukan polis menjumpai rangka manusia yang tidak sempurna dan pakaian disamping rangka tersebut.

“Secara tepatnya kita tak boleh sahkan lagi bahasa itu adalah Bella, siasatan mengambil masa kira-kira dua minggu.

“Pasukan forensik masih lagi menjalankan siasatan dan keluarga masih menjalankan pengeceman.

“Rangka ini kita akan ke makmal untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) melalui rekod pergigian dna sebagainya,”katanya pada sidang akhbar di sini malam ini.

Dengan penemuan rangka manusia itu, misteri kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak 14 Disember lalu dijangka bakal terungkai.

Terdahulu, ibu tunggal dua anak itu dilaporkan hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam pada 14 Disember lalu dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

Kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, serta ahli keluarganya tampil membuat laporan polis pada 16 dan 18 Disember tahun lalu.

Susulan itu, lima individu diambil keterangan bagi membantu siasatan termasuk teman lelaki Bella yang berusia 24 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula 25 Disember tahun lalu namun dibebaskan dengan jaminan polis.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker