PRU15 : UMNO buang sampah sarap , Lalang dan langau

Oleh Adam Maik

Pilihanraya ke15 kali ini boleh dikatakan sangat istimewa.

Ini kerana pertama kali dalam sejarah UMNO hadapi PRU dengan Presiden Parti bukan berjawatan Perdana Menteri.

Pada pilihanraya 14 pilihanraya semua Presiden UMNO adalah berjawatan Perdana Menteri.

Kali ini sangat istimewa kerana UMNO berhadapan musuh pada pilihanraya dengan Presiden tanpa kuasa kerajaan.

Lebih istimewa pula pertama kali dalam sejarah Perdana Menteri berada diheiraki dibawah Presiden UMNO.

Bermakna Datuk Ahmad Zahid Hamidi memiliki rekod istimewa dengan menjadi Presiden UMNO pertama tanpa jawatan Perdana Menteri dan yang pertama di mana Perdana Menteri berada dibawah nya.

Setelah semua parti yang menolak pilihanraya awal menama kan calon masing2 , kini pada hari Selasa 1 haribulan November , baru lah UMNO akan menamakan calon2 nya yang akan bertanding pada PRU15.

Pada desas desus awal, telah tersebar nama nama yang sering menjadi bahan berita ketika kerajaan Perikatan Nasional memerintah akan tidak dicalonkan lagi.

Diberitakan mereka2 yang tidak akan disenaraikan termasuk golongan yang sudah lama menjadi wakil Parlimen.

“UMNO need a fresh face” .

Yang menarik untuk diperhatian juga ada lah mereka yang dilihat sebagai ‘alat’ pihak lawan untuk memporak perandakan UMNO.

Diramalkan ‘kluster2’ yang pro dan alat pihak parti lawan akan dikeluarkan dari senarai yang akan menerima watikah perlantikan.

Dari melihat yang hadir untuk menandatangan surat aku janji jelas terlihat nama2 tertentu tidak menerima jemputan ke Ibupejabat UMNO di WTC untuk tandatangan surat “Aku janji”.

Jika ini petanda mereka tidak di pilih , maka benar lah akuan Presiden Ahmad Zahid bahawa UMNO akan menghapuskan sampah sarap, lanlang dan langau.

Ada juga laporan dari sumber tertentu , ada kalangan sampah sarap ini bersekongkol dengn musuh untuk memastikan Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan.

Ada juga laporan menyatakan mereka juga ada lah ‘kluster sepatut ke mahkamah” tetapi akur untuk ikut skrip pihak tertentu lalu dselamatkan dari didakwa.

Namun, kepada semua sumber ini jika benar, bermakna Presiden UMNO telah melaksana kan janji nya untuk membuat “house cleaning” atau “traitor clensing’.

Apapun , itu “prerogative” Presiden UMNO kerana selepas melaksana kan hak nya kemenangan atau kekalahan parti tetap juga dipertangungjawab kepada bahu nya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker