Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas

Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas

Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas

Antara manusia yang paling banyak berjasa kepada pemimpin Pakatan Harapan adalah mantran Peguam Negara, Tommy Thomas.

Semasa menjawat jawatan sebagai Peguam Negara, bukan sedikit ‘jasa’ Tommy Thomas kepada pemimpin Pakatan Harapan.



Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas

Sepanjang menjadi Peguam Negara, tidak kurang dari 15 kes yang berkaitan pemimpin Pakatan Harapan telah digugurkan oleh Tommy Thomas tanpa alasan yang munasabah.

Baca di sini:

https://umno-online.my/2022/09/08/pilih-bn-untuk-solidariti-perpaduan-kestabilan-kemakmuran-ahmad-maslan/



Antara pemimpin Pakatan Harapan yang ‘terhutang budi’ kepada Tommy Thomas adalah:

  • Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah (PKR)
  • Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (DAP)
  • Ahli Parlimen Pasir, Gudang Hassan Karim (PKR)
  • Naib Presiden PKR ketika itu, Rafizi Ramli
  • ADUN Gadek, G. Saminathan (DAP)
  • ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran (DAP)

Itu tidak termasuk isu rundingan penjualan kapal Equanimity dan juga tiada tindakan diambil selepas mahkamah menolak kes saman pemula Dr Mahathir terhadap skandal FOREX.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/510196/mahkamah-tinggi-batal-saman-pemula-dr-mahathir



Kalau bukan kerana ‘jasa’ Tommy Thomas kepada pemimpin Pakatan Harapan, bukan sedikit pemimpin Pakatan Harapan yang akan diheret ke muka pengadilan.

Bukan sedikit yang akan dijatuhkan hukuman denda atau pun penjara.

Maka selayaknya Tommy Thomas dinobatkan sebagai wira tak didendang untuk Pakatan Harapan.

Tommy Thomas Di Tinggalkan Sendirian Untuk Menghadapi Tindakan Undang Undang

Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas



Siasatan Petugas Khas Siasatan mendapati ada asas untuk mendakwa Tommy Thomas atas beberapa kesalahan yang beliau lakukan sepanjang menjadi Peguam Negara.

Petugas Khas Siasatan mencadangkan agar siasatan lanjut dilakukan ke atas Tommy Thomas berdasarkan beberapa seksyen:

  • Seksyen 124(I) Kanun Keseksaan – penyebaran laporan palsu
  • Seksyen 4 Akta Hasutan 1948
  • Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

Maka ketika ini, pemimpin Pakatan Harapan yang dahulu banyak menerima ‘jasa’ Tommy Thomas dilihat menjauhkan diri, seolah-olah mereka selama ini memusuhi Tommy Thomas.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, Tommy Thomas bukan ahli atau pemimpin Pakatan Harapan.



Jadi tidak ada keperluan untuk Pakatan Harapan membuat apa-apa kenyataan mengenai lapuran Petugas Khas Siasatan.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/tommy-thomas-bukan-ahli-pemimpin-ph-anthony-loke-387881

Dr Mahathir pula berkata, beliau menyesal melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.



Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-politik/tun-m-menyesal-lantik-tommy-thomas-sebagai-peguam-negara-281460

Bagi penulis, nasib yang menimpa Tommy Thomas sebenarnya mendedahkan kepada kita sikap sebenar pemimpin Pakatan Harapan.

Sekiranya mereka mempunyai kepentingan atau agenda ke atas kita, maka kita akan disanjung dan dipertahankan.

Namun sebaik sahaja kepentingan atau agenda mereka tercapai, maka kita akan ditinggalkan sendirian untuk menghadapi masalah yang timbul.

Rakyat mesti mengambil iktibar dari nasib yang menimpa Tommy Thomas sekarang ini.

Malah rakyat juga pernah mengalami nasib yang sama ketika pra PRU 14 pada tahun 2018.

Ketika mereka mahukan mandat dari rakyat, maka dengan begitu lantang akan mereka laungkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja demi rakyat.

Namun selepas mendapat kuasa, rakyat ditinggalkan sendirian, rakyat disuruh minum kelapa sawit dan rakyat disuruh ikat perut dan jangan mengharapkan bantuan dari mereka.

Kini dalam suasana PRU 15, sekali lagi mereka dendangkan lagu yang sama.

Persoalannya, apakah rakyat akan masih terus terlena dengan nyanyian sumbang mereka?

 

Rakyat Mesti Ambil Iktibar Dari Nasib Yang Menimpa Tommy Thomas

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button