Resepi Kuey Teow Ladna



Resepi Kuey Teow Ladna
Resepi Kuey Teow Ladna

Resepi Kuey Teow Ladna yang sangat sedap dan mudah disediakan. Bahan-bahan pula tidak semestinya sama seperti resepi di bawah, tetapi boleh diubahsuai mengikut bahan yang ada di dapur anda.

Masakan ni kebiasaannya disediakan di restoran Thai dan kuahnya pula berwarna jernih tetapi sedikit coklat dari warna sos tiram. Apa yang membuatkan kuah ini tidak muak adalah cili padi yang diletakkan di dalam kuah. Memang sedap sangat. Selamat mencuba 🙂

Bahan-bahan:

  • 500g kuey teow
  • kicap manis secukupnya
  • 1 mangkuk udang
  • 2 ekor sotong
  • 1 ketul ayam bahagian dada
  • 4 ulas bawang putih, diketuk
  • 5 bili cili padi, diketuk
  • 1/2 batang karot
  • segenggam sayur sawi
  • bunga kobis
  • 1 biji tomato, potong 6
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • minyak untuk menumis
  • air secukupnya
  • Bahan untuk hiasan:
    • limau kasturi
    • bawang goreng

Cara Penyediaan:

  1. Rebus ayam dan hiris nipis.
  2. Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
  3. Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.
  5. Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
  6. Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
  7. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.

Kuey Teow Goreng Dan Cili Potong Kicap

Resepi Kuey Teow Ladna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Lim Guan Eng cuba ‘bodohkan’ rakyat sekali lagi

 



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker