Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO



Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO

Dalam satu video klip yang berdurasi 6:13 saat yang disiarkan melalui Youtube, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah membuat fitnah baharu terhadap presiden UMNO, DS Zahid Hamidi.

Dalam video yang bertajuk ‘Zahid terima rasuah RM66 juta dari projek LCS’ RPK menuduh kononnya DS Zahid telah mendapat imbuhan sebanyak S$20 juta dari projek tersebut.

Menurut RPK, duit itu telah dihantar dari ‘money changer’ di Singapura kepada ‘money changer’ di Malaysia melalui pihak ketiga sebelum diserahkan kepada DS Zahid.



RPK juga mendakwa, kononnya penghantaran dibuat dalam 8 transaksi bermula dari pertengahan tahun 2012 hingga pertengahan tahun 2013.

Beliau juga mengaku mempunyai segala bukti yang diperlukan untuk pihak berkuasa melakukan siasatan dan juga pendakwaan.

Ianya termasuk ‘money trail’ penghantaran duit tersebut dan juga individu yang terlibat di dalam penghantaran duit tersebut.

Namun begitu, hanya untuk kali ini, RPK tidak mahu membuat pendedahan dokumen sama ada di dalam viedo tersebut, mahu pun di dalam portal Malaysia Today milik beliau.



Alasan beliau adalah kerana setiap kali beliau membuat pendedahan dokumen di media, pasti ada laporan polis yang akan dibuat oleh pihak tertentu.

Paling menarik bagi penulis ialah apabila RPK mendakwa untuk menyelamatkan DS Zahid dari didakwa, maka Ismail Sabri mesti disekat dari menjadi perdana menteri selepas PRU 15.

Dengan itu beliau mendakwa sudah ada persetujuan antara DS Zahid dan Anwar Ibrahim untuk berkerjasama selepas PRU 15.

Anwar dijanjikan jawatan perdana menteri dan sebagai imbuhan, ‘kes’ ini akan disorokkan di bawah karpet oleh Anwar Ibrahim.



Pada pendapat penulis, terdapat beberapa tanda soal yang besar dari ‘pendedahan RPK kali ini.

BNM Tidak Dapat Mengesan Kemasukan Duit Dalam Jumlah Yang Besar?

Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO

RPK mendakwa duit sebanyak RM66 juta itu dibawa masuk ke dalam negara melalui 8 transaksi mukai dari tahun 2012 hingga tahun 2013.

Secara puratanya, boleh dianggap setiap satu bulan setengah atau 45 hari, sebanyak RM8.25 juta duit haram itu dibawa masuk.

Persoalannya, apakah pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mendapat maklumat mengenai kemasukan duit tersebut.



Dan persoalan yang lebih besar adalah, adakah RPK menuduh pihak SPRM cuai di dalam melakukan siasatan ke atas kes penyelewengan kapal LCS?

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/987337/siasatan-projek-lcs-sudah-lengkap-sprm

Tiba- Tiba RPK Rasa Tidak Ada Keperluan Untuk Mendedahkan Bukti

Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO

Timbul persoalan kepada penulis, sekiranya apa yang RPK dakwa ini adalah benar, mengapakan kali ini beliau tidak mendedahkan bukti sebagaimana kelazimannya?

Ketika membuat pendedahan mengenai hakim Nazlan beliau mendedahkan dokumen bukti tanpa ragu-ragu.

Begitu juga ketika membuat pendedahan keputusan kes SRC DS Najib dan kes DS Rosmah.

Beliau dengan berani mendedahkan keputusan yang telah dibuat sebelum ianya dibaca di mahkamah.

Malah sebelum kerajaan menyahklasifikasikan laporan Petugas Khas Siasatan (STF) ke atas siasatan Tommy Thomas, beliau telah terlebih dahulu mendedahkannya.

Tetapi kali ini RPK tidak mahu mendedahkan dokumen bukti.

Dengan alasan nanti ada pihak yang akan membuat laporan polis ke atas pendedahan itu.

Benar, RPK ada mencabar pihak berkuasa terutamanya SPRM supaya datang berjumpa beliau untuk mendapatkan bahan bukti tersebut.

Namun sekiranya benar, mengapa beliau tidak menghantar ‘soft copy’ terlebih dahulu kepada SPRM?

Dakwaan Persetujuan Kerjasama Antara DS Zahid Dan Anwar

Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO

Dakwaan ini ternyata satu dakwaan yang jauh tersasar.

Sekiranya apa yang didakwa (DS Zahid menerima S$20 juta) adalah benar, tidak ada sebab mengapa Anwar hendak menyelamatkan DS Zahid.

Mereka berdua adalah musuh politik.

Sudah pastinya Anwar sendiri yang akan membuat pendedahan ini melalui kempen PRU 15.

Di manakah logikanya Anwar mahu menyelamatkan musuh politik yang boleh menghalang beliau untuk menjadi perdana menteri?

Penulis tidak pasti apakah ada pihak telah membayar RPK untuk menabur fitnah ke atas DS Zahid.

Yang pasti. ianya pasti dari musuh politik DS Zahid.

Sama ada ianya dari luar atau pun mungkin dari dalam UMNO sendiri.

Kita semua tahu, ada beberapa nama ahli politik yang tidak disenaraikan sebagai calon PRU 15.

Dan adalah tidak mustahil fitnah ini dirancang oleh mereka.

Tujuannya supaya imej Barisan Nasional dapat dirosakkan ketika sedang menghadapi PRU 15.

Namun mereka lupa, rakyat sudah terlalu jijik dan serik dengan politik fitnah sebegini.

Kerana harga yang terpaksa dibayar kerana mempercayai fitnah adalah terlalu besar.

Rakyat sudah merasakannya sejak dari 2018 hingga ke hari ini dan tidak mungkin rakyat mahu ianya berulang kembali.

 

Fitnah Terbaru RPK Ke Atas Presiden UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker