Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah



Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah

Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah

Calon Perikatan Nasional, Mas Ermieyati, akan menghadapi laluan sukar untuk merampas kerusi parlimen Masjid Tanah dari Barisan Nasional.

Walau pun dalam PRU 14 yang lepas, Mas Ermieyati memenangi kerusi parlimen Masjid Tanah dengan majoriti yang agak selesa, namun senario politik hari ini jauh berbeza.

Mas Ermieyati memenangi kerusi parlimen Masjid Tanah atas tiket Barisan Nasional dengan majoriti 8,159 undi.



Beliau memperolehi 22,898 undi menewaskan calon PKR Dr Sabiri Jaafar yang mendapat 14,739 undi dan calon PAS, Nasir Othman yang mendapat 4,688 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/4/P.134

Malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan Mas Ermieyati dilihat hampir pasti akan tumbang dalam PRU 15 untuk kerusi parlimen Masjid Tanah.



Untuk rekod, dalam PRN Melaka yang lepas, untuk DUN Tanjung Bidara, Mas Ermieyati telah tewas kepada calon Barisan Nasional, Abd Raof Yusoh dengan majoriti 364 undi.

Abd Raof (Barisan Nasional) memperolehi 3,559 undi menewaskan Mas Ermieyati (PN) yang memperolehi 3,195 undi dan Zainal Hasan (PH) yang hanya mendapat 489 undi.

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/mlk15/#!/dun/4/N.02



Parlimen Masjid Tanah di Melaka mempunyai 5 Dewan Undangan Negeri (DUN):

  1. DUN Kuala Linggi
  2. DUN Tanjung Bidara
  3. DUN Ayer Limau
  4. DUN Lendu
  5. DUN Taboh Naning

Dalam PRU 14, kesemua DUN yang berada di bawah parlimen Masjid Tanah telah dimenangi oleh calon Barisan Nasional:

  1. DUN Kuala Linggi – Ismail Othman dengan majoriti 1,372 undi
  2. DUN Tanjung Bidara – Md Rawi Mahmud dengan majoriti 2,864 undi
  3. DUN Ayer Limau – Amirudin Yusof dengan majoriti 1,477 undi
  4. DUN Lendu – Sulaiman Md Ali dengan majoriti 627 undi
  5. DUN Taboh Naning – Latipah Omar dengan majoriti 740 undi

Majoriti undi Barisan Nasional bagi kesemua DUN di bawah parlimen Masjid Tanah adalah 7,080 undi.

Baca di sini:



https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/4/P.134

Pengundi Parlimen Masjid Tanah Adalah Pengundi Setia Parti Dan Bukannya Pemimpin

Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah

Tetapi di dalam PRN Melaka yang lepas, jumlah majoriti undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional bagi kesemua DN tersebut telah melonjak:

  1. DUN Kuala Linggi – Rosli Abdullah dengan majoriti 1,836 undi
  2. DUN Tanjung Bidara – Abd Raof dengan majoriti 364 undi
  3. DUN Ayer Limau – Hameed Basher dengan majoriti 1,085 undi
  4. DUN Lendu – Sulaiman Md Ali dengan majoriti 3,104 undi
  5. DUN Taboh Naning – Zulkiflee Mohd Zin dengan majoriti 1,825 undi

Jumlah majoriti kemenangan Barisan Nasional di kesemua DUN di parlimen Masjid Tanah dalam PRN Melaka adalah 8,214 undi.

Ia melebihi jumlah majoriti yang diperolehi oleh Mas Ermieyati dalam PRU 14 untuk parlimen Masjid Tanah, iaitu 8,159 undi.

Faktor kedua yang yang tidak menyebelahi Mas Ermieyati ialah beliau dijangka akan berhadapa dengan calon ‘heavyweight’, iaitu Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali.

Barisan Nasional dijangka akan meletakkan Sulaiman Md Ali untuk mempertahankan parlimen Masjid Tanah yang dimenangi Barisan Nasional pada PRU 14.

Dari jumlah pungutan undi yang diperolehi oleh Sulaiman Md Ali untuk DUN Lendu dalam PRU 14 dan PRN Melaka menyaksikan perbezaan yang amat ketara.

Dalam PRU 14, Sulaiman Md Ali cuma memperolehi majoriti undi sebanyak 627 undi, manakala dalam PRN Melaka, majoriti beliau melonjak kepada 3,104 undi.

Antara faktor yang mempengaruhi pertambahan majoriti Sulaiman Md Ali dipercayai berkait rapat dengan perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Melaka.

Penulis percaya, atas faktor yang sama, Sulaiman dijangka bukan sahaja akan memenangi kerusi parlimen Masjid Tanah, malah akan berlaku pertambahan majoriti undi.

Kesimpulannya, Mas Ermieyati bukan sahaja akan berhadapan laluan sukar di parlimen Masjid Tanah, malah kemungkinan beliau akan tumbang adalah besar.

 

Hampir Pasti Mas Ermieyati Tumbang Di Parlimen Masjid Tanah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker