Kyrgyzstan adakan semula pilihan raya parlimen pada 20 Dis

 

BISHKEK, 21 Okt — Pilihan raya parlimen baharu di Kyrgyzstan akan diadakan pada 20 Disember, lapor agensi berita Xinhua.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC), memetik laporan media CEC pada Rabu.

Pemangku Presiden dan Perdana Menteri Kyrgyzstan Sadyr Zhaparov memberi jaminan pilihan raya parlimen kali ini akan diadakan secara telus.

Pilihan raya parlimen sebelum ini diadakan pada 4 Oktober. Secara keseluruhan, 16 parti politik mengambil bahagian dan keputusan awal menunjukkan empat parti telah melepasi tujuh peratus untuk menduduki parlimen.



Penyokong parti politik yang gagal memenangi kerusi mengadakan tunjuk perasaan di Bishkek, menuntut keputusan pilihan raya dibatalkan.

Berikutan itu, CEC pada 6 Oktober membatalkan keputusan pilihan raya berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker