Sebelum kena ‘pancung’ Zahid ‘pancung’ dulu.

Oleh Adam Malik

 

Pengumuman nama calon UMNO dan Barisan Nasional sudah 90% peratus selesai dengan nama2 dipilih oleh Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk ahmad Zahid Hamidi.

Selain apa yang diramakan ada juga beberapa kejutan besar.

Kejutan paling ketara ada lah nama2 besar yang tidak disenaraikan untuk pencalonan.



Ahli2 akar umbi majoriti nampaknya seolah olah berpuas hati apabila nama2 yang mereka kira sebagai “kluster broker’ telah diketepikan.

Kegembiraan yang bermula dari pemecatan seorang ahli UMNO dari Bandar Tun Razak.

Namun, ada juga sebahagian ahli yang tidak berpuas hati kerana “warlord2” mereka tidak dicalonkan dan berkemungkinan menggangu ‘periuk nasi’ mereka.

Apapun keputusan telah dibuat.



Beberapa pemerhati melihat bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid telah melaksanakn  apa yang mana2 Presiden parti akan laksana kan.

Tun Mahathir , Anwar Ibrahim dan juga Haji Hadi juga akan melakukan ‘the necessary’,

Seperti menyembur spray kepada ‘nyamuk’ yang membuat bingit dilubang telinga , itu lah umpama yng terjadi.

Selain itu , menurut sumber nama2 yang disisih dari senarai pencalonan berada di kumpulan ‘scheme of things’ pihak lawan.

Dengan jawatan yang mereka pegang , mereka berjaya mengumpul dana untuk melatak kan diri mereka di posisi layak merebut jawatan pada Pemilihan UMNO nanti dan akan menjadi  jambatan pihak lawan untuk tawan UMNO.

Maka, “kluster teranaya kes mahkamah” akan mendapati kesukaran untuk bersaing melawan mereka.

Ada juga sumber memberitahu ada antara mereka juga berada di kelompok yang bersetuju dan menyokong Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan dan akan besikap sama apabila kes Zahid sampai ke penghujung nanti.

Maka, atas sebab ini , Tindakan Zahid boleh dianggap ‘strike first’ sebelum musuh dalam selimut bertindak.

Mudah kata , Zahid pancung dulu sebelum kena pancung.

Selain itu Zahid ‘nyah’kan  anasir2 perosak ini yang sentiasa membantah kenyataan Zahid sebagai Presiden.

Setiap kali Zahid beri kenyataan sebagai Presiden , ada sahaja esok nya kenyataan berlawanan atau kenyataan perlekeh Presiden akan datang dari salah seorang ‘kluster” takut kepada “tuan” diluar ini.

Paling ‘win’ ada lah Zahid telah selamatkan Hampir 40 Ketua Bahagian dari menjadi korban serah kerusi kepada PPBM atau PAS jika UMNO tidak “Go-Solo”.

Kini , fasa kedua menanti, ia itu memastikan kemenangan Barisan Nasional tanpa gangguan dari makhluk perosak yang menguntungkan parti lawan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker