Bank Islam jangka margin pendapatan bersih lebih baik pada suku kedua 2023

Bank Islam jangka margin pendapatan bersih lebih baik pada suku kedua 2023

Bank Islam jangka margin pendapatan bersih lebih baik pada suku kedua 2023

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Bhd sedang menangani tekanan pendapatannya secara proaktif, dengan margin pendapatan bersih (NIM) dan pembiayaan rosot nilai kasar (GIF) dijangka bertambah baik pada suku kedua tahun ini.

Ketua Pegawai Kewangannya Azizan Abd Aziz berkata, industri perbankan berada dalam tekanan sejak Suku Pertama 2023, justeru, bank itu sedang meneliti struktur pembiayaannya untuk memastikan ia sejajar dengan sasaran pertumbuhannya.



Beliau berkata, kedudukan NIM bank itu semakin bertambah baik sambil menambah ramai penganalisis yang optimis dengan prospeknya.

“Itulah sebabnya saya menyebut bahawa selepas membuat penyusunan semula dan juga selepas meneliti semula struktur pembiayaan kami, kami dapat melihat bahawa keadaan NIM kami semakin bertambah baik.

“Tujuh daripada lapan penganalisis mengatakan bahawa kami akan dapat mengekalkan dan melaporkan NIM yang lebih baik,” kata Azizan kepada pemberita semasa taklimat mengenai keputusan Suku Pertama 2023 Bank Islam di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN



Pada Suku Pertama 2023, NIM bank itu berada pada 2.06 peratus dengan prestasi setahun penuh dijangkakan pada 2.2 peratus, manakala nisbah GIF pada 1.37 peratus, lebih baik daripada purata industri sebanyak 1.75 peratus, katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mohd Muazzam Mohamed berkata, modal bank itu kekal kukuh sekali gus memberikan keupayaan untuk mengagihkan dividen secara konsisten kepada pemegang sahamnya.

“Jadi, dengan modal yang kukuh, yang malahan melebihi purata industri, ini bermakna kami mempunyai keupayaan untuk berkembang dan ia menjadi resipi kami untuk memastikan pembiayaan kami berkembang dua kali ganda daripada industri,” katanya.



Pada Suku Pertama 2023, pertumbuhan pembiayaan kasar bank itu meningkat sebanyak 10.7 peratus berbanding purata industri sebanyak 5.0 peratus.

Bagi Tahun Kewangan 2023, Bank Islam menyasar mencapai pertumbuhan pembiayaan kasar sebanyak 7.0 – 8.0 peratus dan memastikan GIF kekal di bawah 1.5 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah




Kadar deposit juga dijangka kekal tinggi susulan jangkaan kenaikan 25 mata asas lagi dalam kadar dasar semalaman (OPR) pada tempoh berbaki tahun ini.

Suku Pertama Tahun Kewangan 2023 keuntungan bersih Bank Islam meningkat 11.5 peratus kepada RM118.09 juta daripada RM105.92 juta pada suku yang sama tahun lalu.

Hasil bagi suku itu melonjak 42.6 peratus tahun ke tahun kepada RM1.10 bilion daripada RM773.97 juta sebelumnya.

Pendapatan bersih kumpulan bertambah baik berikutan pendapatan bukan berasaskan dana yang tinggi, melonjak sebanyak 132.4 peratus, dipacu oleh pendapatan pelaburan yang tinggi dan keuntungan bersih daripada urus niaga pertukaran asing.



Bank Islam jangka margin pendapatan bersih lebih baik pada suku kedua 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading