19 mangsa banjir dipindahkan, PPS dibuka



19 mangsa banjir dipindahkan, PPS dibuka

Seramai 19 mangsa banjir terdiri lapan keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit apabila Kampung Lubuk Kulit, Mukim Telang dinaiki air susulan banjir, malam tadi. – Foto ihsan APMLIPIS: Seramai 19 mangsa banjir terdiri lapan keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit apabila Kampung Lubuk Kulit, Mukim Telang dinaiki air susulan banjir, malam tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Lipis, Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof, berkata kejadian berlaku di sekitar kawasan Mukim Telang itu dilaporkan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Beliau berkata, kejadian berpunca daripada hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi.

“Hujan lebat di kawasan Tersang menyebabkan berlaku limpahan air di Sungai Telang dan anak sungai di kawasan Kampung Lubuk Kulit.



“Angkatan Pertahanan Awam (APM) sudah membuat pemantauan di kawasan banjir, termasuk paras air serta membantu memindahkan mangsa dan membuka PPS.

“Walau bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan dilaporkan setakat ini.

“Mangsa terdiri lapan lelaki dan wanita dewasa, warga emas dan kanak-kanak,” katanya.

90% Kes Positif Tiada Sejarah Vaksinasi – Hisham

19 mangsa banjir dipindahkan, PPS dibuka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker