2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon

2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon

2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon

Ketiadaan kelibat pemimpin utama MIC dalam Majlis Pengumuman Calon BN yang diadakan pada 1 November lepas menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ketika ditanya oleh wartawan kepada Pengerusi BN, DS Zahid Hamidi, beliau memberikan jawapan ringkas dengan mengatakan MIC ada mesyuarat.

Namun begitu, dari semakan yang penulis lakukan melalui beberapa kenalan pemimpin akar umbi MIC, ada cerita di sebaliknya.

Sebenarnya ada 2 sebab mengapa pemimpin MIC mengambil keputusan untuk tidak hadir dalam Majlis Pengumuman Calon BN.

Membantah Pancalonan Dari Parti Mesra BN

 

Penulis difahamkan, beberapa pemimpin utama MIC melahirkan rasa tidak senang hati dengan keputusan untuk memberikan ruang kepada calon dari parti yang mesra BN.

Antara calon dari parti mesra BN yang diberikan peluang bertanding atas tiket BN kali ini adalah:

  • Parlimen Nibong Tebal (P047) – Thanenthiran a/l Ramankutty (MMSP)
  • Parlimen Bukit Bendera (P048) – Razalif Mohamad Zain (PCM)
  • Parlimen Jelutong (P050) – Loganathan a/l Thoraisamy (IPF)
  • Parlimen Puchong (P103) – Syed Ibrahim Kader (KIMMA)

Mungkin bagi pemimpin MIC, belum masanya lagi parti yang mesra BN diberikan ruang untuk bertanding di atas tiket BN.

Namun begitu bagi rakan pemimpin akar umbi MIC yang penulis kenal mempunyai pendapat yang agak berbeza dari pemimpin utama mereka.

Bagi mereka, tidak ada salahnya memberikan peluang kepada calon dari parti yang mesra BN.

Ini adalah kerana kesetiaan dan komitmen yang mereka tunjukkan kepada BN dalam membantu calon BN selama ini.

Kesetiaan dan kerja keras mereka membantu calon BN tanpa mengenal penat lelah walau pun wakil mereka tidak dicalonkan.

Pemimpin MIC Mahu Supaya Parlimen Cameron Highlands Di Berikan Kepada Mereka

2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon

Penulis juga difahamkan, pemimpin MIC di peringkat pusat tidak berpuas hati apabila permintaan mereka supaya kerusi parlimen Cameron Highlands dan Sungai Buloh tidak diberikan kepada MIC.

Mungkin mereka berpendapat, kedua-dua kerusi parlimen tersebut adalah kawasan tradisi untuk MIC.

Sepatutnya pemimpin MIC menyemak fakta pilihanraya di kedua-dua parlimen tersebut sebelum mendakwa, itu adalah kerusi tradisi mereka.

Parlimen Cameron Highlands

Dalam PRU 14, calon MIC/BN, Sivarraajh a/l Chandran telah memenangi kerusi parlimen Cameroh Highlands dengan majoriti 597 undi.

Sivarraajh yang mendapat 10,037 undi telah menewaskan:

  1. Manogaran (PKR) – 9,710 undi
  2. Wan Mahadir (PAS) – 3,587 undi
  3. Suresh Kumar (PSM) – 680 undi
  4. Tahir (BJIM) – 81 undi

Baca di sini:

https://dashboard.spr.gov.my/pru14/#!/parliament/6/P.078

Manakala dalam PRK Cameron Highlands yang diadakan selepas mahkamah membatalkan kemenangan Sivarraajh, BN telah meletakkan calon dari UMNO.

Ramli Mohd Nor yang mewakili BN telah memenangi PRK Cameron Highlands dengan majoriti 3,238 undi.

Beliau yang mendapat 12,038 undi telah menewaskan:

  1. Manogaran (PH) – 8,800 undi
  2. Sallehudin Ab Talib (Bebas) – 314 undi
  3. Wong Seng Yee (Bebas) – 276 undi

Baca di sini:

https://www.spr.gov.my/sites/default/files/Keputusan%20Rasmi%20PRK%20P.078%20Cameron%20Highlands.pdf

Sangat jelas, dakwaan MIC bahawa parlimen Cameron Highlands adalah kerusi tradisi mereka adalah tidak tepat.

Data pilihanraya menunjukkan kemenangan calon di Cameron Highlands adalah kerana undi yang datangnya dari pengundi Bumiputera dan Melayu.

Belum terlambat untuk pemimpin MIC menyedari kesilapan yang mereka lakukan.

Terimalah pencalonan dari parti mesra BN dengan hati yang terbuka sebagaimana yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO dan MCA.

Tidak kira sama ada yang menang di PRU 15 nanti adalah dari parti UMNO, MCA, MIC atau parti yang mesra BN, ianya adalah kemenangan bersama.

Tetapi sekiranya pemimpin MIC berkeras mahu memilih berpatah arang dengan BN, tidak akan ada siapa yang akan menghalang.

 

2 Sebab Mengapa Pemimpin MIC Tidak Hadir Majlis Pengumuman Calon

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker