50 negara PBB desak China akui tindas Uighur di Xinjiang



50 negara PBB desak China akui tindas Uighur di Xinjiang

50 negara PBB desak China akui tindas Uighur di Xinjiang
PESERTA demonstrasi memegang plakad membantah penindasan China terhadap etnik Uighur di wilayah Xinjiang dalam protes di Istanbul, Turkiye pada Ogos 2021. – AFP

GENEVA: Sebanyak 50 negara menandatangani kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk pencabulan hak asasi manusia secara ‘sistematik dan amat kejam’ di wilayah Xinjiang, China.

“Kami amat bimbang dengan situasi hak asasi manusia di China, terutamanya yang menimpa etnik minoriti beragama Islam di Xinjiang,” jelas kenyataan itu yang dibacakan oleh wakil Kanada ketika debat Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) pada Ogos lalu menerbitkan laporan mengenai Xinjiang dengan menyebut berlaku penindasan dan pencabulan hak asasi manusia secara jelas terhadap etnik Uighur dan minoriti Islam lain di wilayah berkenaan.



Beijing sehingga kini menafikan kesemua dakwaan dan laporan tersebut, dengan mendakwa pihak berkuasa giat membendung kegiatan keganasan di Xinjiang.

“Pencabulan hak asasi manusia secara sistematik dan amat kejam seperti itu tidak boleh dibenarkan atas dasar memerangi keganasan. China perlu mengakui apa yang mereka lakukan dan jangan lari.

“Berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh OHCHR, kami bimbang China akan terus berdegil daripada membincangkan isu berkaitan,” tambah kenyataan tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Antara 50 negara yang menandatangani kenyataan itu termasuk Amerika Syarikat (AS), britain, Jepun, Perancis, Australia, Israel, Turkiye, Guatemala dan Somalia.



Selain itu, kesemua negara berkenaan turut mendesak Beijing supaya ‘memberi kerjasama dengan penilaian OHCHR’, termasuk mengambil langkah segera membebaskan semua tahanan Uighur di Xinjiang dan menjelaskan segera nasib serta lokasi ahli keluarga etnik itu yang dilaporkan hilang ‘tanpa jejak’.

Pada awal bulan lalu, China berjaya mengelak perbincangan mengenai laporan OHCHR.

Namun, Human Rights Watch dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang lain menggesa Majlis Keselamatan PBB supaya mengadakan satu lagi sesi perbahasan dalam tempoh terdekat untuk ‘mengheret China bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukan’. – AFP

Ekonomi digital Xinjiang meningkat 10 peratus pada 2020

50 negara PBB desak China akui tindas Uighur di Xinjiang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker