Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan lelaki Sri Lanka

Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan lelaki Sri Lanka

Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan lelaki Sri Lanka
Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan lelaki warga Sri Lanka yang menceroboh sebuah rumah di Jalan Kapar hari ini. – Foto ihsan PDRM

KLANG: Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan seorang lelaki warganegara Sri Lanka yang menceroboh sebuah rumah di Batu 4 Jalan Kapar dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata dua anggota berusia 50-an dan 30-an itu yang bertugas di Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, cedera pada kepala.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki yang memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.



“Setiba di lokasi, dua anggota berkenaan masuk ke dalam rumah dan melihat seorang lelaki berada di dalam rumah.

“Ketika cuba menahan suspek, lelaki itu bertindak agresif dan menyerang anggota polis dengan menggunakan batu.

“Susulan pergelutan itu, seorang daripada anggota mengalami lebam pada kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan pada kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, lelaki warganegara Sri Lanka berusia 36 tahun itu berjaya ditahan dan dipercayai menceroboh rumah berkenaan dalam keadaan mabuk.



Katanya, butiran penuh tangkapan belum diperoleh kerana tiada sebarang dokumen suspek ditemui ketika penahanan dilakukan.

“Suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Utara. Satu siasatan dilakukan mengikut seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan dan satu lagi mengikut Seksyen 448 kerana melakukan pencerobohan dengan memasuki sebuah rumah.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga didapati negatif,” katanya.

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan lelaki Sri Lanka

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker