Ibrahim Ali tawar diri jadi calon Perdana Menteri wakili GTA sekadar ‘Sandiwara’ Mahathir.

Oleh Adam Malik

Mahathir tubuh Gerakan Tanah Air kerana Parti PEJUANG ditolak oleh rakyat dan orang Melayu.

Orang melayu melihat perjuangan Mahathir untuk kepentingan diri sendiri dan kepentingan tokoh koperat yang menjadi kroni nya sahaja.

Jika Mahathir menyatakan dia berjuang untuk Melayu, rekod menjadi Perdana Menteri 22 bulan tidak menampak kan “kemelayuan” lansung.

Malah orang Melayu berasa tidak selamat dan amat cemas dengan kerajaan Mahathir yang menjadi Perdana Menteri atas ihsan Parti DAP dan parti PKR yang akur kepada kehendak DAP.

Tiada apa2 pun yang berbau Melayu ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri PH.

Sebalik nya orang Melayu terpaksa turun ke jalanraya dalam jumlah berjuta orang untuk membantah kerajaan pimpinan Mahathir akibat berasa agama mereka tidak selamat kerana tuntutan ICERD.

Pihak2 pro LGBT juga bertambah ‘besar kepala’ dibawah kerajaan Mahathir.

Maka, anggap berberbohong sahaja lah jika Mahathir mahu berjuang untuk agenda Melayu.

Tambah lagi apa2 pemberian oleh kerajaan BN kepada rakyat yang majoriti Melayu dianggap sogokan oleh Mahathir , bantuan kepada rakyat yang ramai melayu dianggap ‘rasuah’ maka apa kah yang Mahathir hendak beri kepada orang melayu?

Nasihat? Kenyataan? Ceramah? Ucapan?

Ini semua sandiwara Mahathir sahaja.

Maka, apabila Ibrahim Ali membuat kenyataan bahawa dia juga boleh dijadikan calon Perdana Menteri dari GTA dan mewakili Gerakan itu, ia seolah olah mahu bersandiwara untuk melindungi kesipuan Mahathir yang terlihat sangat kemaruk untuk menjadi Pedana Menteri sekali lagi.

Di percayai melalui pelbagai sumber , Mahathir sangat terdesak atas banyak perkara yang membabitkan diri nya sejak kebelakangan ini.

Paling utama , kes2 penyelewengan , kes salah guna kuasa , kes skandal rasuah kroni2 nya dan RCI2 seperti Pulau Batu Puteh dan juga RCI Tommy Thomas yang mendedahkan campur tangan Mahathir dalam perlantikan Hakim untuk mengenakan Datuk Seri Najib Razak.

Isu campur tangan pemilihan hakim ada lah satu kesalahan dan melanggar akta sedia ada dan juga melanggar peraturan JAC.

Maka , Mahathir tersepit dengan perkara2 ini , tambah lagi Mahathir melihat pertukaran YDPA yang akan menyusahkan nya.

Jadi untuk tidak lihat Mahathir kemaruk dan sangat hendak jawatan PM waima setahun pun, semata mata hendak membuat sesuatu bagi kepentingan nya , maka muncul  Ibrahim Ali untuk menunjuk kan dia juga boleh jadi calon Pedana Menteri dari GTA.

Ini semua dilihat sebagai sandiwara sahaja.

Mahathir yang sebenarnya takut kes2 mahkamah akan dibuka terhadap nya, lalu membuat alihan konon nya BN hendak menjadi kerajaan untuk membebaskan pemimpin mereka.

Jika ini benar pun, ia sememang dan sepatut nya dengan melihat  keadaan kes berat sebelah tunggang langgang menggunakan hakim rasuah yang menolak bukti , maka ia menjadi wajib untuk BN mebebaskan orang kena naya dengan kerajaan Mahathir.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker