Politik PAS Era Hadi Memecahbelahkan Ummah

Politik PAS Era Hadi Memecahbelahkan Ummah

Politik PAS Era Hadi Memecahbelahkan Ummah

Mengikut demografi penduduk Malaysia pada tahun 2020, jumlah orang Melayu di Malaysia adalah seramai 19.2 juta atau 58.7% dari 32.7 juta rakyat Malaysia.

Manakala jumlah umat Islam pula adalah seramai 20.7 juta orang atau 63.3% dari jumlah keseluruhan rakyat Malaysia.

Ianya bukanlah jumlah yang kecil di dalam demografi rakyat Malaysia.

Tetapi ia adalah kelompok majoriti rakyat Malaysia.

Sekiranya kelompok majoriti ini hidup dalam keadaan aman damai, maka kehidupan keseluruhan rakyat Malaysia juga akan berada dalam keadaan aman.

Tetapi bagaimana sekiranya kelompok majoriti ini hidup dalam keadaan bercakaran.

Tidak dapat tidak, ianya akan memberikan kesan secara langsung kepada kehidupan rakyat Malaysia.

Kalau dilihat beberapa eksperimen sosial yang dilakukan, sangat jelas kepada kita, rakyat Malaysia mahukan kehidupan yang aman.

Tetapi impian rakyat Malaysia untuk hidup dengan harmoni, bakal dimusnahkan oleh sikap dan permainan beberapa politikus tua, terutamanya dari PAS.

Politik Perpecahan Pemimpin PAS

Penulis tertarik dengan kupasan yang dibuat oleh Timbalan Pengerusi Majlis Ulamak UMNO, Dr Khairuddin Aman Razali dalam wawancara Bahaya Politik Persepsi.

Antara isu yang dikupas oleh Dr Khairuddin, adalah bagaimana cara berpolitik PAS di era Hadi Awang boleh memecahbelahkan umat Islam Malaysia.

Demi politik, pemimpin PAS sanggup menjual akidah, sanggup menjual syahadah dan sanggup menjual syurga dan neraka.

Mereka mendakwa Islam adalah PAS dan PAS adalah Islam.

Pemimpin PAS mendakwa, siapa yang berada dalam PAS adalah Islam dan siapa yang berada di luar PAS bukan Islam.

Secara terbuka mereka mendakwa, siapa yang mengundi PAS akan masuk ke syurga dan siapa tidak mengundi PAS akan masuk ke neraka.

Sekiranya budaya politik sebegini dibiarkan, sikap tuduh menuduh, kafir mengkafir akan kembali menular di kalangan umat Islam di Malaysia.

Ahli PAS akan merasakan hanya mereka yang beragama Islam yang sebenarnya dan akan masuk ke syurga.

Manakala umat Islam di luar PAS akan melihat ahli PAS sebagai kelompok yang telah terpesong akidah akibat ketaksuban yang melampau.

Manakala yang bukan Islam akan membuat andaian bahawa agama Islam adalah agama perpecahan yang dianuti oleh ekstrimis.

Perpecahan umat Islam yang dahsyat pernah berlaku ketika Hadi Awang menjadi Ketua Pemuda PAS.

Keluarga berpecah, akidah dipermainkan, suami isteri bercerai, anak-anak kebingungan melihat perpisahan ayah dan ibu mereka.

Dan keadaan yang sama sudah mula berlaku semula.

Apakah kerajaan akan membiarkannya?

 

Politik PAS Era Hadi Memecahbelahkan Ummah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker