Karipap Rangup Inti Keledek

Karipap Rangup Inti Keledek
Karipap Rangup Inti Keledek

Kali ni Che Nom nak share resepi karipap inti keledek yang rangup. Karipap memang sedap sangat makan waktu berbuka puasa kan. Cara nak buat untuk karipap macam ni lebih mudah lah berbanding karipap pusing. Bagi Che Nom karipap yang perfect lah kan, kulitnya mesti nipis dan rangup, kelim tepi nya halus tak tebal dan inti tu kena penuh, baru lah perfect. Ada satu bahan kali ni yang Che Nom masukkan dalam doh kali ni untuk dapatkan kulit yang rangup dan masih rangup bila sejuk. Inti keledek pula memang sedap manis, dan pedas berempah.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan kulit karipap:
    • 500g /4 cawan tepung gandum
    • 2 sudu besar tepung beras
    • 125ml /½ cawan minyak masak
    • 28g /2 sudu besar majerin
    • 250ml /1 cawan air (**ralat: abaikan 125ml di video)
    • 1 sudu kecil garam
  • Bahan-bahan untuk inti keledek:
    • 1½ cawan tepung gandum
    • 1 kilo keledek oren
    • 2 biji bawang merah besar
    • 4 ulas bawang putih
    • 6-7 tangkai cili kering
    • 45g /½ mangkuk ikan bilis
    • ATAU 3 sudu besar udang kering
    • ½ cawan minyak masak
    • Rempah 3 sekawan (1 kayu manis, 3 cengkih, 2 bunga lavano)
    • 2 tangkai daun kari
    • Garam secukup rasa
    • Serbuk perasa (jika suka)
    • Anggaran 2 sudu besar gula
    • Air secukupnya
    • 2 sudu besar rempah kari ayam atau daging
    • Daun sup

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk kulit karipap:
    1. Panaskan minyak masak dan marjerin.
    2. Gaulkan minyak masak dan marjerin yang telah dipanaskan kedalam tepung gandum, tepung beras dan garam.
    3. Tuang air sejuk sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan doh.
    4. Tutup doh, lalu rehatkan doh selama 3-4 jam atau paling minimum 1 jam.
  2. Cara-cara untuk inti keledek:
    1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili kering rebus dengan sedikit air.
    2. Panaskan minyak, tumis rempah 3 sekawan dan daun kari sehingga naik bau.
    3. Masukkan bahan kisar, bancuhan rempah dan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak dan agak kering.
    4. Tambah garam secukup rasa, gula, serbuk perasa (pilihan) dan ubi keledek yang dipotong dadu.
    5. Tuangkan air sehingga bahn tenggelam lalu tutup dan masak sehingga ubi keledek lembut.
    6. Setelah masak dan kering, taburkan dengan hirisan daun sup.
  3. Cara-cara untuk karipap inti keledek:
    1. Bahagi dan timbang doh dalam anggaran 25/27g untuk sebiji karipap.
    2. Uli doh dan leperkan, lalu sudukan inti keledek.
    3. Lipat dan kelim dengan kemas doh karipap.
    4. Ulang sehingga habis doh dan inti
    5. Panaskan minyak, goreng karipap sehingga keperangan dengan api yang sederhana perlahan. Kerapkan alih karipap ketika digoreng.
    6. Kemudian, angkat dan toskan minyak. Karipap inti keledek siap untuk dihidang.

Tip:

  • Jika tiada ikan bilis, boleh juga digantikan dengan udang kering mahupun udang geragau.
  • Cara mengawal tekstur kulit karipap yang lebih elok dan garing adalah minyak untuk menggoreng tidak perlulah terlalu panas dengan menggunakan api sederhana perlahan.
  • Elakkan mengggoreng dengan menggunakan kuali yang nipis kerana karipap akan menjadi perang bertompok-tompok dan kulit karipap akan masak tidak sekata.

Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker