Keputusan representasi Yasin tangguh ke 15 Disember

Keputusan representasi Yasin tangguh ke 15 Disember

Keputusan representasi Yasin tangguh ke 15 Disember
Mahkamah Sesyen hari ini, menangguhkan keputusan representasi bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, ke 15 Disember ini. – Foto NSTP

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen hari ini, menangguhkan keputusan representasi bagi mengkaji tiga pertuduhan kes dadah dihadapi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, ke 15 Disember ini.

Hakim Jamaludin Mat menetapkan tarikh baharu itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih memerlukan masa untuk membuat keputusan berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah, berkata pihaknya masih mempertimbangkan representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan Muhammad Yasin.



“Sebutan kes hari ini ditetapkan bagi keputusan representasi. Saya ingin maklumkan representasi diterima dan sedang dalam pertimbangan.

“Kami belum ada jawapan dan meminta tarikh sebutan berhubung keputusan representasi berkenaan. Pihak-pihak bersetuju tarikh sebutan akan datang pada 15 Disember,” katanya.

Susulan itu, peguam bela penyanyi itu, Ariff Azami Hussein, berkata pihaknya sedia maklum representasi perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Namun, kami harap keputusan itu dapat diputuskan pada tarikh akan datang dan cadangkan tempoh sebulan dari sekarang,” katanya.



Dalam prosiding 4 Oktober lalu, Ariff Azami memaklumkan representasi termasuk laporan perubatan yang komprehensif difailkan pada 26 September lalu.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan selama 15 hari bermula 6 Mac tahun depan.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9- carboxylic acid’ di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (1) akta yang sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok dalam pasu plastik berisi tanah dan daripadanya kanabis di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini, jam 5.30 petang, pada 24 Mac lalu.

Pertuduhan memiliki dadah adalah mengikut Seksyen 6 Akta ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B (3) akta sama, yang memperuntukkan penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Keputusan representasi Yasin tangguh ke 15 Disember

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker