Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik

Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik
Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik

Jom kita tengok Che Nom buat Kuih Bom Bijan pula kali ni. Biasa kita tengok resepi yang dibuat ialah tepung pulut perlu dicampur bersama dengan tepung gandum, dan kemudian digaul air biasa, tapi resepi kali ini agak berbeza sikit. Hanya perlu gunakan satu jenis tepung iaitu tepung pulut dan dibancuh dengan air panas. Hasilnya tekstur doh tu lebih kenyal dan mudah mengembang bila goreng. Kita akan dapat kuih bom bijan yang rangup di luar dan kenyal lembut aja. Tidak perlu tambah ubi kentang ataupun keledek.

Bila sudah lepas menggoreng, kuih akan kekal jadi bulat sekata serta tidak mudah kempis. Resepi asal dari Youtube channel Magic Ingredients. Bahan-sangat lah mudah, tetapi kita perlu beri lebih perhatian kepada Teknik pembuatannya. Selamat mencuba.

Kepada yang nak cuba buat sendiri inti kacang merah boleh rujuk resepi Pau Kacang Merah.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan:
    • 2 cawan / 240g tepung pulut
    • 1/2 sk garam
    • 1 cawan / 237ml air
    • 1/3 cawan / 70g gula
    • 2 sk minyak masak
    • Inti kacang merah
    • Bijan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk doh kuih bom:
    1. Sukat tepung pulut dan keluarkan 2 sb tepung (untuk simpanan).
    2. Masukkan garam halus dan kacau sebati.
    3. Masukkan air dan gula kedalam periuk dan masak sampai gula larut dan air mendidih. Kacau sikit untuk elak gula berketul.
    4. Tuang masuk air gula kedalam tepung pulut dan gaul sebati.
    5. Bila doh pekat dan suhu adunan turun (anggaran 2 minit), masukkan tepung pulut yang diasingkan tadi.
    6. Uli doh sampai elastik dan tak melekat pada tangan.
    7. Tuang masuk minyak masak dan sambung uli.
    8. Rehatkan adunan 30 minit.
  2. Cara-cara untuk bentukkan inti kuih bom:
    1. Sapu sedikit minyak pada pinggan dan tangan untuk elak melekat.
    2. Sukat ½ sudu besar inti kacang merah dan bulatkan menjadi bebola.
    3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air (supaya inti kacang merah melekat pada doh).
  3. Cara-cara untuk bentukkan kuih bom:
    1. Uli doh memanjang dan bahagi kepada dua bahagian.
    2. Satiap bahagian bahagi lagi kepada 8 bahagian, kesemuanya 16 doh.
    3. Bulatkan dan leperkan doh. Letak inti dan tutup rapat. Uli sampai doh bulat dan inti tertutup sekata.
    4. Celup kuih dalam adunan tepung pulut dan toskan air.
    5. Salut dengan bijan, angkat dan golek / tekan dengan tangan supaya bijan melekat pada doh.
    6. Goreng kuih dalam minyak yang tenggelam (deep fry). Masa goreng minyak jangan terlalu panas takut kuih meletup.
    7. Kerap kacau dan alih supaya kuih masak sekata.
    8. Bila kuih mula terapung, boleh kuatkan api dan masak sampai kuih keperangan.
    9. Bila kuih mula terapung, boleh tekan-tekan kuih kebawah supaya kuih elok bulat terbentuk.
    10. Angkat dan toskan minyak.

Tip:

  • Jangan kurangkan gula untuk elakkan kuih tak menjadi dan senang pecah.
  • Tambah sedikit lagi tepung kalau doh masih lembik, tapi jangan terlalu banyak takut nanti doh keras dan boleh meletup bila goreng.
  • Tip untuk inti kacang merah melekat pada doh, bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan celup inti sebelum balut dengan doh.
  • Boleh ganti inti kacang merah dengan inti kelapa atau inti kacang hijau.
  • Kalau masa bentukkan kuih doh melekat pada tangan, boleh sapu tangan dengan tepung.
  • Masa awal-awal goreng, minyak jangan terlalu panas takut kuih meletup.
  • Kerap kacau dan alih supaya kuih masak sekata.
  • Bila kuih mula terapung, boleh kuatkan api dan masak sampai kuih keperangan.
  • Bila kuih mula terapung, boleh tekan-tekan kuih kebawah supaya kuih bulat terbentuk.

Mudah dapat bekalan, ayam saiz biasa

Kuih Bom Bijan Yang Bulat Cantik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker