Maritim tahan 44 PATI cuba masuk bekerja semula tanpa permit

Maritim tahan 44 PATI cuba masuk bekerja semula tanpa permit

Maritim tahan 44 PATI cuba masuk bekerja semula tanpa permitA MD ZAIN
Siva Kumar menunjukkan bot membawa 44 PATI yang ditahan Isnin lalu. NSTP/RUWAIDA MD ZAIN

PELABUHAN KLANG: Lebih 40 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang kanak-kanak berumur 12 tahun berada dalam keadaan berhimpit dalam sebuah bot kayu yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Tanjung Layang, Kuala Langat, Isnin lalu.

Bot kayu berwarna merah berjalur biru dengan tanda nama SAFRI ditahan kerana dikesan dalam keadaan mencurigakan dan sedang bergerak laju menuju ke lokasi terbabit.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar, berkata radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia di Area Control Centre (ACC) Klang mengesan bot itu dari perairan Indonesia bergerak memasuki perairan Malaysia pada kira-kira jam 7.47 malam.

“Siasatan mendapati, bot membawa 44 PATI termasuk tekong dan kru itu cuba lolos bagi mengelak diperiksa dan ditahan sebaik melihat bot ronda pasukan Maritim.

“Bot ronda mengejar bot suspek kira-kira 10 minit sebelum ditahan sekitar jam 9.35 malam di kedudukan 0.5 batu nautika barat daya Tanjung Layang.

“Pemeriksaan awal mendapati, bot dikendalikan seorang tekong dan dua kru warga Indonesia berumur 25 hingga 47 tahun, masing-masing tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Siva Kumar berkata, ketika ditahan, 39 penumpang lelaki dan empat penumpang perempuan serta seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia ditemukan duduk berhimpit atas geladak dan di bawah dek bot.

“Semua PATI berumur dalam lingkungan 12 hingga 49 tahun itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, soal siasat di lokasi mendapati tekong sedang mencari jalan masuk ke perairan yang terdekat bagi menurunkan semua PATI berkenaan.

“Sindiket ini mengenakan caj kira-kira RM1,500 hingga RM2,500 untuk membawa keluar dan masuk setiap PATI bergantung kepada jarak lokasi.

“Hasil siasatan, dipercayai semua PATI itu pernah bekerja di pelbagai sektor seperti pembersihan dan perladangan di Malaysia, malah kemasukan ke Malaysia kali ini untuk bekerja semula di sektor sama,” katanya.

Siva Kumar berkata, bot dan semua suspek ditahan dan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, semua suspek akan disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Imigresen1959/63.

“Kita terus melakukan rondaan dan penguatkuasaan 24 jam walaupun negara sibuk berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Mereka ini mungkin ingat pihak berkuasa tidak fokus menjaga perairan negara kerana tumpuan dialihkan pada PRU15 dan cuaca di perairan tidak menentu,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, seramai 103 PATI dari Indonesia, Myanmar dan Thailand berusia lingkungan 11 hingga 50 tahun ditahan setakat Oktober lalu.

Lapan PATI cuba seludup masuk ditahan

Maritim tahan 44 PATI cuba masuk bekerja semula tanpa permit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker