Pekerja restoran mengaku tak bersalah rogol, liwat

Pekerja restoran mengaku tak bersalah rogol, liwa

Pekerja restoran mengaku tak bersalah rogol, liwat
Zulhazreen (kiri) dibawa keluar selepas mengaku tidak bersalah merogol, liwat, amang seksual kenalannya. – Gambar BH/ALIAS ABD RANI

MUAR: Seorang pekerja restoran makanan segera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol, meliwat dan melakukan amang seksual terhadap seorang kenalan bawah umur dalam kebun sawit di Bakri sejak, Mac lalu.

Tertuduh, Zulhazreen Shah Zulkufli, 22, yang berhadapan tujuh pertuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, ketiga dan kelima, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap kenalannya berusia 15 tahun di kebun sawit sejak Mac, Mei dan Jun, jam 1 pagi.



Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, keempat dan keenam, dia juga didakwa merogol mangsa dengan semua kejadian serta masa berlaku di tempat sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas


Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pertuduhan ketujuh pula, tertuduh juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat mangsa pada bulan lalu. Dia boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.



Mengikut fakta kes, tertuduh dari Negeri Sembilan menunggang motosikal ke rumah mangsa dekat Bakri dipercayai untuk melakukan perbuatan itu.

Kejadian itu terbongkar selepas abang mangsa melihat adiknya sentiasa berkurung dalam bilik sebelum bertanyakan perkara sebenar.

Susulan itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa mengenai kejadian ini minggu lalu.

Sementara itu, mahkamah membenarkan tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM25,000 daripada seorang penjamin bagi semua pertuduhan, namun dia gagal membayarnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 26 September depan tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen

Pekerja restoran mengaku tak bersalah rogol, liwat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa akan dicalonkan di Pulai?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker