Muzium Taiwan akui pecahkan tiga artifak Dinasti Ming, Qing bernilai AS$77 juta

Muzium Taiwan akui pecahkan tiga artifak Dinasti Ming, Qing bernilai AS$77 juta

Muzium Taiwan akui pecahkan tiga artifak Dinasti Ming, Qing bernilai AS$77 juta

TAIPEI: Muzium Istana Negara Taiwan mengakui tiga artifak era Dinasti Ming dan Qing yang dilaporkan bernilai AS$77 juta (RM364 juta) pecah semasa dalam jagaannya.

Lapor The Guardian, artifak tersebut iaitu sebiji mangkuk, cawan teh dan pinggan yang tidak dilindungi insurans pecah dalam tiga kejadian berasingan sepanjang tempoh 18 bulan yang lalu.

Namun kerosakan itu hanya diketahui minggu lalu.

Pada Jumaat lalu, anggota parlimen pembangkan Taiwan, Chen I-shin, mendakwa beliau mendapat maklumat, dan menuduh pengarah muzium kerana cuba menutup insiden itu dan mengarah kakitangan untuk tidak bercakap tentang kerosakan itu.

Pihak muzium dan pengarah muzium, Wu Mi-cha mengakui tiga artifak di dalam arkib itu pecah, namun mereka menafikan tuduhan cuba untuk menutup insiden tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mi-cha berkata, seorang kakitangan kanan meletakkan pinggan tersebut di atas meja kerja setinggi satu meter sebelum ia jatuh ke lantai yang dipasang permaidani dan berkecai.

Muzium itu juga menyatakan ia tidak dapat memastikan siapa yang bertanggungjawab atas dua lagi insiden yang lain walaupun sudah memeriksa rakaman CCTV sepanjang 10 tahun.

Mi-cha mengesyaki artifak yang pecah itu disebabkan oleh kaedah penyimpanan yang tidak betul.

Jelasnya, petugas muzium terus melaporkan kejadian itu kepadanya, dan siasatan segera dijalankan.

Ketiga-tiga artifak itu tidak pernah dipamerkan, selain tidak dilindungi insurans kerana belum dinilai.

 

Mampukah BN kembali ke Putrajaya?

 

Muzium Taiwan akui pecahkan tiga artifak Dinasti Ming, Qing bernilai AS$77 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker