Odegaard mahu beri impak di pentas elit

LONDON: Martin Odegaard sedia untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah dan kali ini dia mahu memberikan impak di pentas tertinggi Eropah itu.

Pemain Arsenal itu membantu pasukannya mengukuhkan kedudukan dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas beberapa tahun ia tidak menjadi kebiasaan kelab utara London itu.

Kemenangan dalam pertemuan tetangga di Spurs akan menjamin kelayakan ke Liga Juara-Juara musim depan – kali pertama buat Arsenal sejak tahun 2016 selepas 19 tahun berturut-turut beraksi di pentas berkenaan.

Odegaard juga terdesak untuk kembali bersaing bersama pasukan-pasukan elit Eropah selepas kali terakhir menikmatinya 18 bulan lalu.



Perancang Norway itu bersama Real Madrid selama enam tahun, tetapi hanya dua kali tampil di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Inter Milan dan Shakhtar Donetsk sebelum menyertai Arsenal tahun lalu.

“Saya bermain beberapa perlawanan ketika di sana tetapi tidak terasa begitu membantu. Saya mahu lebih terbabit dan bersaing untuk Liga Juara-Juara.

“Ia adalah tempat pasukan-pasukan terbaik jadi sudah tentu kelayakan adalah perkara penting buat saya dan Arsenal,” kata Odegaard.

Arsenal kini semakin hampir untuk mengesahkan kedudukan di tempat keempat selepas merakam empat kemenangan berturut-turut ke atas Chelsea, Manchester United, West Ham dan Leeds.



Odegaard memakai lilitan kapten dalam keempat-empat perlawanan berkenaan selepas Alexandre Lacazette tercicir daripada kesebelasan utama Mikel Arteta.  AGENSI

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker