Penampilan Erynne Erynna Bikin Netizen Sejuk Hati [VIDEO]

Pakai Tudung Tutup Dada, Jaket & Seluar Longgar



Penampilan Erynne Erynna Bikin Netizen Sejuk Hati

Penampilan terkini pelakon, Erynne Erynna nyata menarik perhatian warganet.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Erynne dilihat anggun mengenakan hijab sambil menutup bahagian dadanya.

Bukan setakat itu, pelakon yang popular menerusi filem 8 Jam ini turut dilihat memakai jaket dan seluar bersaiz longgar.

Jelas Erynne, dia sebenarnya hanya ingin sekadar mencuba dan percaya perubahan itu bermula secara berperingkat

“Just trying out for now. Slowly but surely. InsyaAllah,” tulisnya ringkas.

Malah, Erynne turut sempat menunjukkan keseluruhan gayanya itu buat tatapan para pengikutnya.

Penampilan Erynne Erynna Bikin Netizen Sejuk Hati

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji imej sopan tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Erynne untuk berubah ke arah yang lebih baik akan sentiasa dipermudahkan.

“Sukanya tengok awak dear. InsyaAllah.

“Awak nampak sangat comel dengan gaya hijab tersebut. Slowly but surely InsyaAllah.

“Awak nampak bertambah cantik. Alhamdulillah.

“Alhamdulillah. Semoga istiqomah.

“Comel macam budak sekolah. Semoga dipermudahkan dan sentiasa didalam lindungan-Nya,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Untuk record, Erynne dan suaminya, Afify Sazali telah mendirikan rumah tangga pada 17 April 2019.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya perempuan yang lahir pada tanggal 9 Ogos 2020.

Sekadar informasi, antara drama-drama yang pernah dibintangi Erynne termasuklah The Gadis, Bisikan Syaitan dan Jubah Dari Mekah.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Erynne Eryanna

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Penampilan Erynne Erynna Bikin Netizen Sejuk Hati

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker