PRU 15 : Pilihanraya paling ramai calon Perdana Menteri.

Oleh Adam Malik.

PRU15 kali ini masuk dalam lipatan sejarah atas sebab paling ramai mahu menjadi Perdana Menteri.

Pada PRu14 lalu , hanya Mahathir , Anwar Ibrahim dan Najib Razak sahaja yang ada pada senarai Perdana Menteri.

Dari sebelah Barisan Nasional hanya Najib Razak dan dari pihak pembangkang hanya nama Mahathir dan selepas Mahathir dua tahun, baru Anwar Ibrahim pula akan menjadi Perdana Menteri , namun Mahathir telah menipu semua pihak.

Dari tipu daya Mahathir muncul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kemudian Datuk Seri Ismail Sabri.

Itu kisah selepas PRU14.

Terkini menjelang PRU15 , ramai pula calon berpotensi dan calon  tidak berpotensi disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri.

Selain penyandang jawatan Datuk Seri Ismail Sabri , Mahathir juga masih berselera untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi walaupun kata nya hanya untuk setahun sahaja.

Selain Mahathir , Anwar brahim tetap menjadi calon Perdana Menteri juga semenjak sebelum PRU14 dan hingga PRU15.

Selain nama2 diatas , Tan Sri Muhyidin Yassin juga bercita cita mahu menjadi Perdana Menteri.

Maka, dengan niat nya ini , perundingan bersama GTA menjadi agak sukar kerana , jika terjadi rundingan. Siapa pula hendak jadi Perdana Menteri?

Ini kerana Mahathir tetap dengan selera nya, tak kan Muhyiddin mahu setuju dengan bergabung tetapi Mahathir yang jadi Perdana Menteri?

Atau, mungkin Mahathir janji setahun selepas itu melantik Muhyiddin dan kemudian Muhyiddin melantik Mukhriz selepas 2 tahun.

Mahathir mahu seperti Lee Kuan Yew Singapura.

Walaupun ee Kuan Yew mampu jadikan anak nya Lee Hsien Loong menjadi Perdana Menteri , tetapi akan tercatat dalam sejarah Singapura ayah melantik si anak menjadi Perdana Menteri.

LKY cuba mengelak perkara ini , lalu  mendiang melantik Goh Chok Tong menjadi Perdana Menteri terlebih dulu sambil LKY sendiri menjadi Mentor Minister untuk pastikan rencana nya dilaksanakan.

Maka, sesiapa pun tidak dapat menyatakan LKY telah melantik anak sendiri kerana Goh Chok Tong yang melantik.

Kini semua tahu hasrat Mahathir mahu jadi PM lagi sekali sebab apa.

Selain semua nama diatas, terkini , Ibrahim Ali pula menyatakan dia tawarkan diri jadi calon Perdana  Menteri mewakili GTA selain Mahathir.

Namun, saranan ini dipandang remeh sahaja kerana jika ada Mahathir, maka Mahathir sahaja lah yang nombor satu.

Itu sebab semua parti enggan bersama Mahathir kerana dia sahaja yang hendak untung , pihak lain sekadar beri undi dan jadi balaci sahaja.

PH pernah kena dengan Mahathir , mereka sudah tahu.

Apa pun yang sah kali ini di PRU15, menjadi rekod apabila selain banyak parti baru dan gabungan baru muncul , nama calon Perdana Menteri juga paling ramai tersenarai.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker