Resepi Kuih Tepung Talam

Resepi Kuih Tepung Talam
Resepi Kuih Tepung Talam

Jom tengok Ceh Nom nak share cara sediakan kuih tradisional pemanis mulut kegemaran Che Nom iaitu kuih tepung talam, atau lebih tepat dipanggil talam gula merah. Ada dua bahagian penyediaan iaitu lapisan gula merah dibawah, dan atasnya lapisan santan yg lemak masin dan gedik-gedik gitu.

Bila kita makan, gabungan rasa manis gula merah dan lemak santan tu memang terbaik. Kuih ni sesuai sangat untuk dijual secara tempahan. Che Nom share resepi dalam sukatan cawan yang mudah nak rujuk. InsyaAllah menjadi.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan lapisan gula merah:
    • 3 cwn / 710 ml air
    • 1 cwn / 240g gula merah
    • 1/2 cwn / 100g gula pasir
    • 2 cawan / 240g tepung gandum
    • 2 sb / 16g tepung ubi
    • 1 sb air kapur
  • Bahan-bahan lapisan santan:
    • 3 cwn / 710ml santan
    • 1 cwn / 115g tepung beras
    • 2 1/2 sb / 20g tepung gandum
    • 1-2 sk garam
    • 1 sb / 16g gula pasir

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk lapisan gula merah:
    1. Bancuh gula merah dan gula putih dengan air panas. Kacau sampai larut.
    2. Masukkan tepung gandum dan tepung ubi. Kacau sebati.
    3. Dalam mangkuk yang berasingan (kecil) bancuh kapur makan dengan sedikit air dan kacau sebati.
    4. Masukkan air kapur kedalam adunan gula merah. Kacau sampai semua larut.
    5. Gris loyang (9 x 9 inci) dengan minyak dan alas dengan plastik.
    6. Tapis dan tuang masuk adunan kedalam loyang.
    7. Tutup loyang dengan aluminium foil (untuk elak wap menitik) dan kukus 20-30 minit.
  2. Cara-cara untuk lapisan santan:
    1. Masukkan santan, tapung beras, tepung gandum dan gula pasir dalam mangkuk. Kacau sebati.
    2. Masukkan garam untuk naikkan lemak (boleh tambah kalau kurang masin).
    3. Tapis adunan santan.
    4. Bila lapisan gula merah dan masak, keluarkan loyang dan lorek sikit permukkan lapisan gula merah dengan garfu.
    5. Tuang adunan santan atas lapisan gula merah.
    6. Sambung kukus 30 minit.
    7. Tunggu biar wap naik dan permukaan kering anggaran 10 minit.
    8. Sejukkan tepung talam sebelum potong.

Tip:

  • Untuk yang sukat tepung dengan sukatan cawan, pastikan gembur dulu tepung sebelum sukat untuk dapatkan berat yang tepat. Kalau tak adunan akan padat sangat sebab terlebih tepung.
  • Kacau dulu adunan adunan gula merah sebelum tuang kedalam loyang takut tepung mendap.
  • Semasa kukus, tutup loyang dengan aluminium foil untuk elak wap menitik kedalam loyang.
  • Boleh jugak masak (sampai naik wap) dulu adunan santan sebelum kukus untuk dapatkan permukkan yang lincin di bahagian atas (cara peniaga). Tapi Che Nom tak buat sebab nak makan sendiri saja.
  • Untuk senang potong, gunakan pisau plastik dan sapu sedikit minyak untuk elakkan pisau melekat.

 

Resepi Kuih Tepung Talam

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker