Riyadh dakwa Iran mahu serang kemudahan tenaga di Asia Barat

Riyadh dakwa Iran mahu serang kemudahan tenaga di Asia Barat

Riyadh dakwa Iran mahu serang kemudahan tenaga di Asia Barat
ARAB Saudi mendakwa Iran berkemungkinan merancang menyerang kemudahan tenaga di Asia Barat. – AFP

WASHINGTON: Arab Saudi berkongsi risikan dengan pegawai Amerika Syarikat (AS) bahawa Iran berkemungkinan bersiap sedia untuk menyerang negara itu.

Lapor CNN, Iran berkemungkinan menyasarkan kemudahan tenaga di Asia Barat, dengan kebanyakannya di Arab Saudi.

Perkara itu dibangkitkan ketika pentadbiran Joe Biden mengkritik Teheran mengenai protes yang menggegarkan seluruh negara itu sejak dua bulan lalu.



Selain itu, Biden juga mengecam tindakan Iran membekalkan dron pembunuh dan sokongan teknikal ke Russia menentang Ukraine.

Menurut Majlis Keselamatan Negara AS, Washington bimbang dengan jangkaan ancaman tersebut dan terus berhubung melalui saluran ketenteraan serta risikan dengan Riyadh.

“AS tidak teragak-agak untuk bertindak dalam mempertahankan kepentingan dan rakan kongsi kami di rantau Arab,” menurut kenyataan itu.

Namun, Riyadh masih belum memberi maklum balas, begitu juga dengan Iran.



Dalam pada itu, seorang pegawai yang mengesahkan perkongsian risikan tersebut menyifatkan ia sebagai ancaman serangan yang boleh dipercayai ‘berlaku dalam masa terdekat atau tempoh 48 jam’.

Namun, tiada kedutaan atau konsulat AS di rantau tersebut mengeluarkan amaran serta garis panduan kepada rakyatnya yang berada di Arab Saudi atau tempat lain di Asia Barat.

Selain itu, Setiausaha Akhbar Pentagon, Patrick Ryder memaklumkan, ketenteraan AS bimbang dengan ancaman tersebut.

Laporan mengenai risikan tersebut dilaporkan buat pertama kali oleh The Wall Street Journal, kelmarin. – AP

 

Polis bongkar sindiket penipuan tawaran kerja tidak wujud

Riyadh dakwa Iran mahu serang kemudahan tenaga di Asia Barat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker