Siapa calon yang Presiden UMNO gugurkan bukan urusan Mahathir.

Oleh Adam Malik

Kenyataan Tun Mahathir berkenaan calon2 yang Presiden UMNO sisihkan sebenar nya bukan lah urusan Mahathir untuk masuk campur.

Tun Mahathir baru2 ini menyatakan berasa amat sedih dan kecewa kerana melihat beberapa nama orang lama telah disisihkan dari menjadi calon pilihanraya PRU15.

UMNO dan Presiden nya ada percaturan tertentu dalam menentukan nama calon.

Kenapa pula Mahathir perlu berasa kecewa atau sedih atas pemilihan calon UMNO?

Adakah Tun Mahathir begitu prihatin dengan kabajikan UMNO?

KUALA LUMPUR, 2 Nov – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan pengguguran beberapa ‘orang lama’ UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang berlaku jelas menunjukkan bahawa mereka yang digugurkan bukan pilihan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jika prihatin terhadap UMNO kenapa mahu bubarkan UMNO dengan mengugut Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi?

Atau, sebenar nya Tun Mahathir kecewa nama2  yang digugurkan itu adalah ‘talibarut” atau ‘alat” Mahathir dan Muhyiddin Yassin untuk mengodam UMNO apabila mengadakan pemilihan Parti UMNO nanti?

UMNO sudah cukup rosak dengan gelagat inividu tertentu yang  dinyah senarai dari menjadi calon.

Bagaimana UMNO melalui Barisan Nasional hendak ‘establish’ kerajaan stabil dan Makmur jika ‘sampah2’ ini sentiasa menunjuk kan sikap belawanan dengan kepimpinan parti?

Mereka mengkritik dan menghentam pemimpin UMNO dipentas awam dengan sengaja.

Kepada siapa sebenar nya mereka hendak tunjuk perilaku berlaga dengan kepimpinan jika bukan kepada ‘tuan’ mereka yang berada diluar UMNO.

Maka, kenyataan Mahathir berasa kecewa dan sedih atas penyingkiran nama2 lama tertentu dari menjadi calon PRU15 UMNO , sebenar nya bukan urusan Mahathir.

Mahathir sepatut nya menjaga urusan parti sendiri yang di’reject’ oleh semua parti.

Selain ditolak oleh banyak pihak dari menjadi gandingan atau Pakatan politik, parti PEJUANG Mahathir sendiri ditolak oleh rakyat sehingga hilang ‘deposit’ di empat puluh dua kerusi di PRN Johor.

Malah , banyak tersebar dan viral cerita berkenaan Gerakan Tanah Air Mahathir meletak calon ‘parachute’ entah datang dari mana untuk menjadi calon dikawasan yang sudah ada calon PEJUANG yang sudah membuat kerja sekian lama.

Kami juga sempat membaca luahan hati ahli2 PEJUANG yang marah GTA meletak calon ‘mamak” dikawasan mereka yang mereka sendiri tidak kenal.

Kemarahan kerana ahli dibahagian itu sudah lama buat kerja tetapi dinafikan menjadi calon dengan digantikan dengan seorang yang ‘datang dari KL”.

Maka , elok sangat lah Mahathir merasai kekecewaan ahli parti sendiri yang merasa di anak tirikan dari Mahathir sibuk mencampuri urusan parti UMNO yang Mahathir kata ‘sudah mati tinggal nama” .

UMNO tidak perlu ambil tahu apa yang Mahathir kecewa atau sedih kerana Mahathir juga lah orang nya yang mahu membubarkan UMNO.

Mahathir sebenarnya boleh lakukan sendiri jika mahu , tapi Mahathir mahu Zahid Hamidi yang bubarkan UMNO supaya esok lusa Mahathir boleh berkata “itu bukan saya yang buat, itu Ahmad Zahid”.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker