‘Tiada siapa bantu mangsa rempuhan, mereka hanya lihat dan rakam’

‘Tiada siapa bantu mangsa rempuhan, mereka hanya lihat dan rakam’

‘Tiada siapa bantu mangsa rempuhan, mereka hanya lihat dan rakam’

LONDON: Seorang warga Australia menceritakan detik mengerikan keadaan mangsa tragedi Halloween berdarah di Seoul kelmarin dan mendedahkan kekurangan pengawasan serta pegawai polis ditempat kejadian merupakan antara punca yang memburukkan insiden rempuhan itu.

Lapor The Independent, warga Australia itu, Nathan Taverniti terselamat daripada rempuhan tragis di Seoul dan memberi penghormatan kepada rakannya, Grace Rached, 23, yang maut dalam insiden itu.

Dalam video TikTok yang kini dipadamkan, Taverniti menggambarkan situasi itu sebagai ‘rempuhan yang perlahan dan menyakitkan’.

“Ia adalah kehancuran yang perlahan dan menyakitkan. Rempuhan ini bukan disebabkan oleh orang mabuk. Ia adalah kekurangan perancangan, pasukan polis dan perkhidmatan kecemasan.

“Tiada siapa yang sudi membantu. Saya melihat orang ramai merakam gambar dan menyanyi serta ketawa semasa rakan-rakan saya sedang nazak, bersama-sama dengan orang lain.

“Saya berada di sana cuba menarik orang keluar kerana tidak cukup pegawai polis dan tiada siapa yang melakukan apa-apa untuk membuat orang ramai berhenti,” katanya.

Seorang pelakon Korea Selatan, Lee Ji-han adalah antara 154 orang yang maut dalam tragedi Halloween di Itaewon.

Polis Seoul memaklumkan, mereka telah melancarkan satu pasukan petugas terdiri daripada 475 anggota untuk menyiasat punca bencana rempuhan terburuk itu dan mengakui jumlah pengunjung dalam pesta tersebut luar biasa berbanding kehadiran tahun lalu.

149 terbunuh rempuhan hari Halloween di Seoul

‘Tiada siapa bantu mangsa rempuhan, mereka hanya lihat dan rakam’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker