Vida Melaram Mewah, Bawa Bunga Tangan Emas RM500,000 [VIDEO]

“Sebagai Ganti Tas Tangan.”

Vida Melaram Mewah, Bawa Bunga Tangan Emas RM500,000

Vida Melaram Mewah, Bawa Bunga Tangan Emas RM500,000

Usahawan sensasi Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian apabila tampil membawa bunga tangan emas 916 di majlis perkahwinan seorang rakannya, baru-baru ini.

Bunga tangan emas berkenaan dianggarkan berharga kira-kira RM500,000.



Vida, 51, atau nama sebenarnya Hasmiza Othman lapor Harian Metro berkata, barangan kemas berkenaan tersebut antara koleksi terbaharunya, bagi menggantikan tas tangan.

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)



“Selepas ini, saya memang akan membawa bunga tangan emas ini sebagai ganti tas tangan. Kalau ada acara besar dan berkonsepkan kemelayuan, saya akan bawa.

“Kenapa memilih emas sebab bagi saya ia cukup sinonim selain memberikan sinergi dan aura kepada saya. Sebab itu, memang susah nak nampak saya pakai barangan kemas selain emas,” katanya.

Sebelum ini, Vida yang popular menerusi lagu I Am Me dan Ku Ikhlaskan itu juga sering dilihat menggayakan rantai dan gelang tangan emas bersaiz  dempak dengan anggaran keseluruhan RM1 juta.



“Kalau saya pakai barang kemas kecil, memang tak nampak. Jadi sebab itu kena pakai yang besar saja.

lOrang kata ‘less is more‘ tapi konsep ‘less is more‘ saya adalah kena pakai yang besar. Tak banyak tak apa, janji kena bersaiz besar.

“Macam rantai yang saya selalu pakai harga lebih RM400,000 dan gelang pun lebih RM200,000. Pendek kata, di badan saya saja cecah RM1 juta.

“Tapi, saya pakai kalau keluar rumah untuk menghadiri acara dan majlis,” katanya lagi yang turut mengupah beberapa pengawal peribadi bagi tujuan keselamatan.



Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber : Harian Metro

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti



Vida Melaram Mewah, Bawa Bunga Tangan Emas RM500,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button