Viral Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Bedah Pesakit, Doktor Tampil Mohon Maaf

Viral Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Bedah Pesakit, Doktor Tampil Mohon Maaf

Viral Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Bedah Pesakit, Doktor Tampil Mohon Maaf

Gara-gara membuat sesi ‘live’ di TikTok semasa melakukan prosedur pembedahan ke atas pesakit di dalam dewan bedah, seorang doktor di Thailand menerima kecaman daripada netizen.

Tak sepatutnya dirakam

Viral Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Bedah Pesakit, Doktor Tampil Mohon Maaf

Rakaman sesi ‘live’ itu dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter yang juga dari Thailand dengan mengatakan bahawa situasi itu tidak sesuai dibuat oleh seorang pegawai kesihatan apatah lagi melibatkan prosedur pembedahan yang peribadi dan sulit.

Disebabkan itu juga, beberapa pengguna Twitter meninggalkan komen dengan mengatakan bahawa mereka pernah melihat situasi yang lebih kurang sama namun ianya dibuat oleh klinik kecantikan dan juga pusat pembedahan kosmetik.

Dibuat pada pukul 3 pagi

Viral Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Bedah Pesakit, Doktor Tampil Mohon Maaf

Difahamkan juga rakaman secara langsung itu dibuat pada pukul 3 pagi waktu tempatan yang menyebabkan netizen mengatakan ianya merupakan satu pembedahan kecemasan yang perlu dilakukan ke atas pesakit.

Selepas klip itu tular di media sosial, doktor yang dipercayai membuat siaran langsung itu tampil memohon maaf di bahagian komen dengan mengatakan dia tidak sepatutnya melakukan perkara itu.

Saya minta maaf kerana buat siaran langsung semasa pembedahan. Saya tidak menyangkakan bahawa wajah dan keseluruhan prosedur ditayangkan dalam video tersebut.

Susulan daripada itu, ramai yang menggesa Ittaporn Kanacharoen selaku Setiausaha Tetap Majlis Perubatan Thailand untuk menyiasat isu berkenaaan kerana doktor itu telah melanggar Akta Profesion Perubatan.

Sumber: Twitter

 

Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

Viral Buat ‘Live’ Di TikTok Semasa Bedah Pesakit, Doktor Tampil Mohon Maaf

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Akar Umbi Dan Jentera Parti Jangan Terpengaruh Dengan Pemimpin Yang Membelakangkan Parti

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker