‘Tidak salah guna balik dasar lama’

Oleh – Syeikh Baran


'Tidak salah guna balik dasar lama'
Wee Ka Siong

Dasar pentadbiran kerajaan sebelum ini boleh dipakai semula selagi mana ia dapat berfungsi untuk membantu rakyat di negara ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ahli Jemaah Menteri perlu mendengar suara rintihan rakyat ketika ini seterusnya merencanakan dasar yang baik dan boleh dirasai oleh mereka.

β€œYang baik dijadikan amalan, yang buruk dijadikan sempadan. Tidak salah untuk kita guna balik dasar lama asalkan untuk kepentingan rakyat dan negara.



β€œKedua kerajaan sepatutnya melaksanakan polisi rasionalisasi subsidi minyak Ron95 selepas selesai mengutip data-data yang berkaitan secara menyeluruh dan jitu,” katanya dalam siaran di Facebook pada Rabu.

Ujar Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, kepimpinan kerajaan perlu ketepikan fahaman politik sebaliknya melakukan usaha yang terbaik demi negara dan rakyat.

Menurutnya, terdapat beberapa contoh dasar kerajaan sebelum ini yang terbukti dapat membantu rakyat termasuk Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerjasama antara Proton Holdings Bhd dan Zhejiang Geely Holdings Group (Proton-Geely), Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Tun Razak Exchange (TRX) dan projek mega lain.

β€œBerdasarkan kepada contoh yang dinyatakan, saya kepada kerajaan untuk teruskan dasar-dasar yang dahulunya dikritik dan dimaki hamun tetapi asalkan ia membawa kepada kebaikan kepada rakyat, kita teruskan,” ujarnya.



Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker